Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 16, 2014

Mat Udang Ni Merapu Di Parlimen Pulak! - Maaf terlupa edit tadi....

Biasalah meghoyan bila impikan kuasa dengan sokongan PAS di Selangor tiba-tiba Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin beralih arah, maka kemponanlah diaa....

Noh: Azmin jadi MB atas linangan air mata orang lain
 | October 16, 2014
Dakwaan Noh itu ditentang oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, antaranya Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan.
Noh Omar 03KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar atas linangan air mata orang lain.
Walaubagaimanapun, dakwaan Noh itu ditentang oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, antaranya Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan.
“Ahli Parlimen Tanjong Karang cemburu,” kata Ahli Parlimen Kapar itu.
Walaubagaimanpun ia dinafikan oleh Noh yang juga merupakan Ahli UMNO.
Noh turut menambah bahawa beliau bersimpati dengan arkitek ‘Langkah Kajang’ dan juga dua ADUN PAS yang digelar broker oleh partinya sendiri.
Bahkan Noh turut menyatakan sejak Azmin menggalas tugas sebagai Menteri Besar, pelaburan di negeri Selangor semakin merudum.
“Kini pelaburan di Selangor sudah jatuh ke tangga nombor 5,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Noh turut meminta penjelasan daripada Azmin mengenai perancangannya untuk membangunkan universiti milik kerajaan negeri Selangor iaitu Unisel.
“Mampukah Azmin menaikkan taraf Unisel di Selangor ini?” soalnya.
Persoalan Noh itu langsung dijawab oleh Azmin dengan menyatakan bahawa jawatan sebagai Menteri Besar ini bukannya satu keistimewaan tetapi adalah satu tanggungjawab.
“Beri saya peluang untuk bentangkan Belanjawan 2015. Dalam Belanjawan 2015 itu nanti, saya akan tumpukan kepada salah satu teras utama iaitu pendidikan,” kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.

3 comments:

  1. Saya amat setuju dgn kenyataan noh udang yg azmin dpt jadi menteri besar atas linangan air mata......air mata noh udang sendiri. He he he. 2 bulan lebih dis menangis nk jadi mb ganti khalid,dgn muslihat gang UG ularmak Pas.
    Gagal juga....air mata dia ckup isi 1 kolam udang.
    Jika nk tau rupa manusia yg amat buruk hati,lihat lh noh udang berhujjah dlm psrlimen.

    ReplyDelete
  2. noh udang bahalol , mana ada rakyat otak waras nak kan orang benggap jadi mentri besar. pelabur lari lah , tak kan nak duit beli udang baru boleh business .....

    ReplyDelete
  3. noh udang bahalol , mana ada rakyat otak waras nak kan orang benggap jadi mentri besar. pelabur lari lah , tak kan nak duit beli udang baru boleh business .....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa