Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 28, 2014

Jangka Untung 100 peratus Tetapi kita Akan Dicekik Lagi!

TNB jangka catat untung 100 peratus
DI KUALA LUMPUR - 28 OCT 2014 (2 HOURS AGO)

Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dijangka mencatatkan keuntungan bersih teras sebanyak 100 peratus kepada RM1.5 bilion pada tahun kewangan 2014 berakhir 30 Oktober ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Bagaimanapun, keuntungan bersih teras syarikat tenaga negara itu bagi suku keempat dijangka merekodkan penurunan sebanyak empat peratus berbanding suku sebelumnya.
Maybank Investment dalam nota penyelidikannya berkata, penjanaan tenaga bagi suku keempat adalah berjumlah 29,630 gigawat sejam (GWs), meningkat empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan naik satu peratus berbanding suku ketiga 2014, dengan penggunaan gas sebanyak 49 peratus dan arang batu sebanyak 46 peratus sebagai bahan bakar.
Penggunaan gas secara purata adalah 1,225 juta kaki padu standard sehari (mmscf) sehari, merosot 12 peratus berbanding tahun sebelumnya dan berada di bawah aras asas iaitu 1,300 mmscf sehari.
Kos arang batu TNB dijangka kekal terkawal dengan penanda aras Newcastle meletakkan harga purata AS$70 setan pada suku keempat, jatuh 12 peratus berbanding tahun sebelumnya dan lima peratus berbanding suku ketiga.
"Kami sebelum ini telah menjelaskan kombinasi bahan bakar bagi suku keempat lebih memihak kepada TNB dengan beberapa kilang arang batu utama telah memulakan semula operasi. Pada pandangan kami, ini bukan sahaja akan mengimbangi perbelanjaan pusingan pada suku keempat dan potensi beban cukai yang lebih tinggi," kata firma tersebut dalam nota penyelidikannya hari ini.
Tambah Maybank Investment, ketika ini TNB mendapat manfaat daripada kekurangan mekanisme pindahan kos bahan api yang menyebabkan risiko pendapatan syarikat tersebut mengunjur ke atas.
"Pada kadar sekarang kami menganggarkan TNB akan mengalami kos gas asli cecair (LNG) pada Oktober lebih tinggi daripada bajet yang menyebabkannya perlu memohon untuk menaikkan tarif tidak lama lagi," katanya. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa