Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 22, 2014

‘Ditaja’ pusat judi haram”: Kalau Benar Kenapa KDN Biarkan?

Zahid seolah-olah menonjolkan kelemahan menguatkuasakan undang-undang oleh pihaknya sendiri

“Dedahkan ahli politik yang ‘ditaja’ pusat judi haram”
 | October 21, 2014
Ahli politik tidak boleh dibiayai oleh mana-mana pihak swasta. Sama ada haram atau halal kerana ia boleh menyebabkan mereka hilang kebebasan
khalid-samad-3PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa supaya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan nama ahli politik yang dipercayai dan dikesan dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram.
Ahli politik tersebut dikesan di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
“Saya minta Zahid dedahkan siapa dan jika perkara ini benar, maka memang amat tidak wajar.
“Hal ini kerana ahli politik tidak boleh dibiayai oleh mana-mana pihak swasta. Sama ada haram atau halal kerana ia boleh menyebabkan mereka hilang kebebasan,” katanya sewaktu dihubungi FMT.
Jelas Khalid lagi, mana-mana ahli politik yang terlibat dan dibiayai terutamanya badan-badan judi ini seharusnya tidak lagi mendapat tempat di dalam masyarakat selaku pemimpin.
“Jika dia (ahli politik) dibiayai sama ada sumber yang haram ataupun halal, dia akan bersuara mengikut kehendak orang yang dibiayainya,” jelasnya lagi.
Khalid turut memberitahu bahawa mana-mana ahli politik yang dibiayai perlu didedahkan segara.
“Sesiapa sahaja yang dibiayai perlu didedahkan sama ada dibiayai oleh mana-mana pihak tidak kira halal atau haram,” ujar beliau lagi.
Manakala, bagi Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff beliau turut menggesa supaya Menteri Dalam Negeri itu mendedahkan ahli politik yang mendapat ‘tajaan’ daripada hasil perjudian haram.
“Saya sendiri sebagai ahli politik tidak pernah terlibat dan juga tidak pernah menerima sumbangan daripada mana-mana pihak yang berkaitan judi,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.
Selain, Zailah turut menyarankan supaya Zahid merujuk semula sumber maklumat yang diperolehi.
“Yang kita tahu, bukan di pihak kami (pembangkang) yang meluluskan lesen perniagaan judi. Pihak kami tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen judi.
“Lesen perniagaan judi diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan. Jadi, ia berkaitan dengan kepimpinan ahli politik daripada Barisan Nasional (BN).
“Saya serahkan kepada Zahid untuk dedahkan. Saya sendiri ingin tahu, ahli politik mana yang dibiayai oleh hasil judi. Dedahkan supaya semua rakyat tahu,” katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Sebelum ini, Zahid menyatakan terdapat ahli politik dipercayai dan dikesan dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Katanya, walaupun tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.
Ia berdasarkan laporan yang beliau perolehi bahawa memang ada ahli politik yang terlibat, namun beliau tidak mahu menuduh tanpa bukti dari pihak polis.

2 comments:

  1. Hehehe.dia wat komedi lg.rajin sungguh dia neh wat lawat bodo n bangang.tu baru bukti gred A.blom A+++

    ReplyDelete
  2. itu bukti barua wujud di mana mana saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa