Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 14, 2015

Cari pasal dah ni.........

Mahfuz pulok tak wala'....

PAS ada ke HAL-HAL DISPLIN DALAM PARTI? atau SEBUAH PARTI YG TIADA DISPLIN?

Kenyataan Media.

TOLAK KERJASAMA PERKASA,TINDAKAN TEPAT DAN BIJAKSANA PAS SELANGOR.

1. Pertama saya ucapkan tahniah atas pendirian yang diambil oleh PAS Selangor melalui kenyataan YB Dato' Iskandar Samad Pesuruhjaya PAS Selangor yang menolak sebarang kerjasama dengan kumpulan Perkasa yang membawa sentimen perkauman.

2. Saya percaya penolakan kerjasama dengan Perkasa oleh PAS Selangor setelah mengambil kira sentimen penolakan rakyat Selangor daripada pelbagai kaum terhadap Perkasa yang dilihat terlalu membawa sentimen politik perkauman sempit yang boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama yang ada dinegeri Selangor.

3. Saya percaya PAS Selongor melihat sebarang bentuk kerjasama mahu pun apa apa ketetapan atas apa jua isu bersama Perkasa tidak ubah seperti pepatah Melayu yang menyatakan "Untung secupak rugi Segantang".

4. Kepada semua pihak khususnya parti-parti politik berhati hati dengan agenda politik sempit yang cuba dibawa oleh pihak tertentu untuk mengujudkan pemikiran kononnya kerajaan pemerentahan Melayu dan Pembangkang Cina di Malaysia. Pemikiran ini sangat merbahaya kepada masyarakat Majmuk di Malaysia. Pemikiran ini hanya sekadar untuk menyambung hayat politik Umno yang berada dalam keadaan Nazak. Kepada umat Islam marilah kita pamirkan Islam Rahmat untuk semua.

5. Saya menyeru pada semua parti-parti politik khususnya parti pembangkang untuk bersatu dalam satu pasukan untuk melakar landskap politik baru Malaysia tanpa politik perkauman sempit demi masa depan anak cucu dan Malaysia tercinta.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.
SALAM HIJRAH 1437

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
14 Okt 2015/1Muharram 1437H

3 comments:

  1. Syabas Dato Mahfuz. Salute.

    ReplyDelete
  2. Kita nak tenguk apa tindakan yang akan dikenakan ke atas YDP Selangor Iskandar sebab menentang kepuusan Hj Hadi .Ini menunjukan bahawa YDP Selangor sendiri menunjukan contah yang tak baik bagi pengikut Pas yang lain,ini seolah2 menghina Hj Hadi.

    ReplyDelete
  3. Ada juga yg xwala... Baru tau ke utk setengah ahli pas yg hadi ni gila kuasa... Baik sedar skrg sebelum terlambat tp ye le utk pas sihadi mcm ayahtolllah kot... Maksum sgt ke dia ni.. Sampai xboleh tegur dan semuanya betul belaka...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa