Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 20, 2015

Pondan terlajak kata menyahut cabaran?

Adakah persetujuan debat Mustafa hanya sandiwara, tanya Husam

 | ARIF ATAN
Debat sebenarnya Husam dengan Hadi

Larangan terhadap Datuk Mustafa Ali untuk berdebat dengan Datuk Husam Musa menimbulkan pertikaian kemungkinan persetujuan bekas Setiausaha Agung PAS itu beberapa jam sebelum pembatalan sekadar sandiwara semata-mata.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menyifatkan keputusan PAS itu seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan selain menggambarkan tiadanya penyelarasan keputusan dalam kalangan pemimpin tertinggi PAS.
“Bukankah Datuk Mustafa juga adalah anggota Dewan Harian? Adakah keputusan Datuk Mustafa tidak dirujuk lebih dahulu kepada pimpinan parti?
“Atau persetujuan Datuk Mustafa hanya satu sandiwara semata-mata? Dengan itu, Datuk Mustafa tidak akan dikata orang segan dan enggan berdepan menafikan dakwaan saya?” dipetik daripada kenyataannya hari ini.
Turut bernada sinis membangkitkan kemungkinan PAS tiada keyakinan dan kepercayaan kepada kebolehan Datuk Mustafa, Husam yang juga bekas Exco kerajaan negeri Kelantan menganggap larangan debat itu memburukkan imej PAS sebagai sebuah parti besar dan berwibawa.
Sementara itu, Husam menghargai kesediaan Dewan Harian PAS Pusat memanggilnya untuk menjelaskan teguran berhubung perjalanan kerajaan negeri Kelantan walaupun cadangan tarikh pertemuan itu bertindih dengan sesi rawatan yang perlu dijalaninya di China.
“Mengikut kenyataan Setiausaha Agung PAS, notis telah dihantar kepada saya (melalui pos?), malangnya saya belum menerimanya. Saya meninggalkan Malaysia pada Sabtu, 14 November. Sehingga tarikh itu, saya tidak menerima apa-apa surat.
“Kini saya di China tetapi jika benar notis itu dikeluarkan, saya tetap boleh dihubungi melalui SMS, WhatsApp atau e-mel. Namun, tidak satu cara pun saya dihubungi,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Husam berharap agar Setiausaha Agung PAS dan Dewan Harian PAS Pusat menangguhkan sekurang-kurangnya seminggu selepas beliau berada di Malaysia.

4 comments:

  1. spenda besau...takat tu je lah mentality UG.

    ReplyDelete
  2. Ni mesti belajar dari Umno.
    Debat 1MDB beriya2 Arul Kanda nak berdebat dgn Tony Pua.
    Akhir2 skali dibatal oleh Speaker.
    Ini semua pre plan.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin ularmak ni semua pandai bercakap pandai juga dengan kiasanya tapi bila diajak berdebat semuanya kecut telor,..sama la juga dengan umnobn macam ni ke pemimpin yg harapkan,.....mampussss

    ReplyDelete
  4. Pemimpin ularmak ni semua pandai bercakap pandai juga dengan kiasanya tapi bila diajak berdebat semuanya kecut telor,..sama la juga dengan umnobn macam ni ke pemimpin yg harapkan,.....mampussss

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa