Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 20, 2015

Merapu habis: Korang tanak gelak ke?

Itu di Pulau Pinanglah bukan di Kelantan atau Terengganu
Di Kelantan dan Terengganu bolehlah nak kata gitu sekiranya DAP bertanding dan menang!

DAP menang hasil kerjasama dengan Pas
20 NOVEMBER 2015
KOTA BHARU - Pemecatan 300 anggota Pas daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Pulau Pinang tidak sepatutnya berlaku kerana kemenangan DAP di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 adalah hasil gerak kerja bersama Pas

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berikutan itu Pas bertindak menjadi pembangkang di Pulau Pinang.  
"Dari segi pentadbiran...kita lihat ini satu tindakan yang agresif yang dibuat oleh DAP.

"Pas melahirkan rasa dukacita dengan tragedi ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan pemecatan itu.

Mengulas mengenai tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Kelantan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim menasihati Husam agar menggunakan saluran sedia ada untuk menyelesaikan masalah dalaman parti.

"Husam sebagai ahli parti masih boleh membuat sumbangan kepada parti, bukan menentang, mengganggu dan merosakkan parti," katanya.

Sementara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Husam yang juga Adun Salor sepatutnya menyuarakan kritikannya secara dalaman bagi mengelakkan pelbagai persepsi negatif daripada orang ramai. - Bernama

6 comments:

  1. Maaf bang.tak bolih nak gelak tapi nak muntah .

    ReplyDelete
  2. Pak Beghaim ni demam panas ke? Apalah punya teghok meghapunya!!! Jangan-jangan penyakit tuang presideng punya angkara.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya sikit boleh?
    Knapa ularmak pass makin lama makin bengap ha?

    ReplyDelete
  4. Hahaha..
    Sebab gerak kerja hebat pas dipulau pinang la yg pas dpt 1 kerusi adun tu..
    Rupanya pas bekerja keras utk menangkan dap..
    Oo..baru tau hari ni

    ReplyDelete
  5. Husam sepatutnya mengunakan saluran sedia ada untuk menyelesaikan masaalah dalaman parti. Dah mula pakai ayat umnu. Mcm Adnan Mansor bercakap.

    ReplyDelete
  6. Berkokoklah wahai sekelian pembesar pascai sebelum tiba pru akan datang. Sesudah itu baru kamu tahu bahawa pascai ini hanya menumpang tuah zaman reformasi yg dipacu ds anwar ibrahim. Pengundi atas pagar, anak muda dan penjawat awam memilih pas atas nama pakatan unt menolak bn. Ttp terserlah sekarang betapa huduh dan khianatnya para pembesar pascai ini dgn sifat sombong dan bongkak. Tunggulah !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa