Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 21, 2015

Kenapa PAS pembangkang di Pulau Pinang saja

Kenapa PAS pembangkang di Pulau Pinang saja tidak di Selangor, tanya penganalisis
 | BERNAMA

PAS telah memutuskan menjadi pembangkang di Pulau Pinang, namun ramai penganalisis melihat PAS juga perlu berbuat demikian di Selangor.
 Penganalisis politik berpendapat pendirian PAS itu perlu konsisten dan terpakai di semua negeri.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata PAS perlu menetapkan pendirian mereka untuk menjadi pembangkang di Selangor, atau menyertai sahaja pakatan baharu pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.
 "Hakikatnya PAS adalah parti yang banyak membantu kedua-dua kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dan saya yakin jika PAS tidak lagi bersama mereka, Pakatan Harapan tidak mampu mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
 Semalam, PAS mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP negeri itu yang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota PAS.
 Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ekoran tindakan itu PAS tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
 Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu adalah berdasarkan tindakan PAS yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan mereka di peringkat Pakatan Harapan.
 Beliau juga menegaskan bahawa tindakan PAS Pulau Pinang untuk menjadi pembangkang juga tepat selepas tindakan DAP itu.
 "Anehnya, kenapa PAS tidak membuat keputusan yang konsisten dan mempertahankan prinsip mereka dengan turut mengisytiharkan diri mereka sebagai pembangkang di Selangor?," katanya.

3 comments:

  1. Kalau ameno ada mat maslan......pas apa kurangnya dgn yusni matpiah. Nak nasehat pong pas boleh bagi free! Kah kah kah. Pasai ekonomi Pas ada ding ayang.....kah kah kah......kami amat terharu dgn ding ayang firaun!

    ReplyDelete
  2. Admin, mung jangang buak tak pahe plop, PAS jugok ada Wang Seli hok boleh diharapkang sebaga paka strategi terhanda. Le le ni DAP, PKR de PAN tengah kalut habih, sebabnye usehe bijok panda mace Wang Seli tu, takde sape boleh celengnye...

    ReplyDelete
  3. PAS ini lahanat umno sama saja

    Dengki dengan DAP kuat sangat tapi Otak Sendiri Bahalol Tegar tak nak ubah ubah

    Bodoh jadi Orang saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa