Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 21, 2015

Update lagi: Sedikit informasi mengejutkan.......(gambar)

Disahkan rumah ayah Ust Miqdad (Ketua Amanah Kwsn Marang/anak saudara Hadi) diserang di Rusila. 

Ustaz akan buat repot di Balai Polis Marang. 

Mohon semua hadir ke Balai Polis Marang pukul 1215 pagi ini 21.11.2015 tanda sokongan AMANAH kepada Ust Miqdad....Info daripada Ketua Pemuda Amanah Terengganu.

Berlaku kecederaan kepada mangsa dan berlaku kerusakan harta benda

Penyerang ada anak kepada Zakaria Dagang Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu - Reformis CML via WhatsApp

# PAS mengatakan penyerang itu ada masalah mental. Tak sangka pula yang bermasalah mental berguna untuk PAS. Nampaknya yang bermasalah mental dan samseng ada di sana. 

Kalau tidak takkanlah kereta di bakar, bangunan dibakar, kereta dipecahkan dan ada juga tayar di toreh!
Penyerang Muhammad Nasih Ulwan (Ustaz)

# Saya petik komen dari KELAB GB

ULASAN GB

Gejala samseng memang sudah berakar umbi dalam PAS sejak muktamar PAS yang lalu. Sebelum ini GB sudah ulas:
Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul. 

Kemudian, kereta Mohd Hatta diserang dan dibakar, Dr.Dzulkefly Ahmad ditumbuk di waktu subuh hari.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

Kini dengan penubuhan AMANAH, lagi bertambah mereka yang sakit jiwa. GB mendapat tahu bahawa ada pemimpin PAS Terengganu mendakwa Nasih Ulwan itu berpenyakit mental (munkin itu sebagai alasan untuk menjustifikasikan perbuatan dan tindakan anak pemimpin PAS Terengganu itu).

Sebenarnya, jika benar dakwaan itu sudah ramai rupanya ahli PAS yang terkena penyakit mental semenjak penubuhan AMANAH.

Buktinya, lihat saja di media-media sosial seperti facebook, whatsapps, twitter, instagram dan sebaagainya, perhatikan bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli PAS yang dikatakan "wala" dan istiqamah"... mereka tidak segan silu memparkan akhlak-akhlak keji dan buruk seperti mencaci-maki malah mencarut... Malah di blog GB ini, jika GB melulusterbitkan komen-komen mereka sudah pasti semua akan terperanjat besar meliaht akan kelakuan buruk mereka. Itu sebab mengapa untuk tidak mengaibkan mereka, banyak komen-komen sedemikian tidak dapat dilulusterbit...

Semakin hari semakin terdedah wajah PAS yang sebenar yang dikatakan menggunakan konsep kepimpinan melalui ulama. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... Berkali-kali sudah GB katakan.... PAS sedang menuju kehancurannya kerana tidak lagi berpegang kepada akhlak Islam... Islam sudah tinggal hanya pada nama partinya sahaja, sedangkan akliah, akhlak dan tindakan sudah jauh dari Islam...

17 comments:

  1. Politik pas cai semakin gilo. Fahaman mereka merentasi tuduhan dan mengtakfiri musuh hingga sanggup serang dan ugut bunuh. Jaja agama di pentas ceramah raih untung peribadi.

    ReplyDelete
  2. memang semua ahli2 PAS termasuk pemimpin2 serban 5 kilo mempunayai masalah mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn marah serban. Pakai serban tu Sunnah. Yg tak berakhlaq tu yg pakai serban patut 'diajar'. ... sembang ikut Sunnah hebat.. Sunnah yg dijunjung pun tak tau nak hormat... Gumbira Gumbira..dah selesai dah selesai...

      Delete
  3. Manusia tak sempurna hatta depa tu ustaz... Depa pun berbafsu kadang kadang nafsu sepa tu lebih besar dr org kebnyakan... So depa pun nak kan makan minum serta depa pun ada nafsu kadang kadang nafsu depa ni lebih lagi... Nak kereta cantik bini besar serta juga rumah besar... Tu pasal xheran akalau ustaz pun boleh jd gengstar... So sekurang kurang kita kenal sapa pas.. Ni baru menag dua puluh kerusi... Kalau memerentah malaysia.. Perangai depa mungkin lebih teruk dr amno... Depa guna agama sbb nak bunuh org dan mungkin juga nak lebel org kafair dan sebagainya...

    ReplyDelete
  4. Penyerang tu berjihad, terus masuk sorga tanpa dihisab.

    ReplyDelete
  5. Orang yang patut dipertanggungjawabkan atas kecelaruan dalam PAS mutakkhir ini ialah Presidennya. HH telah menanam 'amanat'nya kedalam minda ahli2 yang sehingga menjadi jumud dan taksub membabi buta! Dan salah satu dari kesan amanat songsang( yang sekarang ni dijilat balik oleh HH utk berbaik dengan UMNO) ialah kejadian menyerang orang yang berlainan faham dan kononya tak wala!

    ReplyDelete
  6. Dah nak.mari jadi macam syi'ah saja.

    ReplyDelete
  7. GHB/amanah adalah proksi Dap atau peliharaan dap. Apakah kekesalan akan mengakiri umat islam sunnah di malaya. Apakah keutamaan GHB menjadi benteng dap. Bagan Nakhoda dan menjadi contoh. Apalah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit mental juga kah.....insyAllah kami akan sahkan dgn ostat2 Pas yg lainya. Banyak yg sakit mental dlm Pas.

      Delete
  8. HH ni memang mabuk kuasa,.dengan amanat nya seolah olah satu fatwa yg dikeluarkanya sebagi doktrain kepada ahli cai nya untuk memperkukuhkan wala,.sebagi yg diketahui semasa sepenggal memerintah di negeri Terangganu, HH mengadakan para gengster memaksa meroboh/ mengosongkan Taska/Tabika,.dan bermula dengan mengkafirkan sesama umat Islam dan melarang ahli2Pas dari menghadir diri kepada sesuatu majlis daripada kariahnya yg bukan ahli Pas,.termasuklah dalam soal kemaraan,...apakah ustaz2 serta ulamak2 Pas ini akan berterusan memperbodohkan Rakyat yg tidak sebodohnya ,.hanya pandai memutar belit serta menjual Agama demi menagih pendapatan peribadi hasil ceramahnya yg didermakan melalui tabong bergerak oleh sekelian hadirin khusus nya ahli2 Pas yg fanatik,....

    ReplyDelete
  9. Tuang presideng apa dah jadi pada parti kamu??????

    ReplyDelete
  10. Serban itu memang sunnah yg tak boleh di pertikaikan tapi skg taktik orang nak sesat kat orang kena hati hati jgn high sangat

    ReplyDelete
  11. Sedih sesedih sedihnya dengan apa yang berlaku kini. Mengapakah segala galanya terjadi setelah kemangkatan Almarhum Ayahanda TGNA? Sebuah parti yg menjadi harapan, menjadi amanah rakyat kerdil bagi menumpang meneguk setitis keadilan dan kesyumulan Islam, ternyata semakin hari semakin melakarkan rona-rona sebenarnya, semakin terserlah sikap dan tingkahlaku yang amat menjijikan dan meloyakan. jika sebelum ini.bukan sesuatu yg mustahil utk menuding jari menunjukkan kebobrokan, keburukkan orang lain,namun kini pas pula yg mengambil alih segala kebusukan, lendir dan nanah mereka lantaran sejajar dengan slogan PGU, amat menepati ciri-ciri dan halatuju parti. Tak mustahil.semakin lama semakin ramai yg beransur-ansur melangkah longlai meninggalkan parti yg disanjunginya selama ini dgn sebuah harapan yg telah hancur dan musnah dek penangan ketua2 lobai yg semakin lupa diri.

    ReplyDelete
  12. salah satu contoh ektremis Wahabi di Malaysia. Kalu di Palestin, penyokong Hizbut Tahrir (wahabi) mengkafirkan penyokong parti Hamas.

    ReplyDelete
  13. Akhlak umno dh meresap kdalam pas...

    ReplyDelete
  14. Akibat menyesatkan orang...kalau orang yang dituduh tidak sesat maka sesat itu kembali kepada si penuduh... sesat itu akan selamanya jika tidak meminta maaf dan bertaubat dari tuduhan tersebut.....na ...nampak sudah natijahnya....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa