Kenapa ratusan ribu untuk menteri, ini mesti kaki bodek
| ARIF ATAN
Ahli akademik mempersoalkan kenapa menteri perlu belanja ratusan ribu untuk keluar negara sedangkan badan-badan lain juga menganjurkan lawatan tetapi belanja hanya sedikit sahaja.
Sehubungan itu, Dr Mazlee Malik mengingatkan supaya agensi dan badan rasmi kerajaan perlu mengamalkan ketelusan dan urus tadbir yang baik dalam penganjuran program terutama berkaitan golongan penuntut di luar negara.
“Orang politik, pak-pak menteri pun suka sebab mahu makan angin. Maka itulah penyebabnya berbelanja sampai ratusan ribu.
“Jika menteri melawat, ada pakej yang kaki pengampu dan pembodek akan sediakan untuk menghiburkan pak-pak menteri. Jika tidak golf, pergi ‘shopping’, jika tidak pergi kasino, jika tidak ke tempat-tempat liburan.
“Maka dana awamlah yang akan digunakan. Untuk justifikasi, digunakan nama agama, untuk berdakwahlah, untuk fi sabilillah lah, untuk perangi maksiat liberal bagailah, yang sebenarnya mahu ‘free riding’ sahaja,” jelas Dr Maszlee di akaun Facebook beliau hari ini.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, pekeliling khusus perlu dikeluarkan supaya hanya pemimpin tempatan di negara berkaitan sahaja dijemput bagi mengelakkan pemborosan.
“Tidak perlu membazir untuk menjemput para menteri (Malaysia). Hubungan bersama komuniti tempatan lebih penting kepada pelajar di luar negara untuk membuka minda dan menambahkan pengalaman. Para menteri boleh jumpa di Malaysia sahaja,” bidasnya.
Bagi program bersifat Islami pula, ujarnya, apa yang diperlukan ialah para pendakwah yang ikhlas dan bukannya orang politik dan juak-juak mereka yang berkepentingan.
Mengakui kenyataannya itu didorong oleh pertanyaan banyak pihak mengenai isu salah guna dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), beliau mempersoalkan kewajaran untuk majlis-majlis anjuran yayasan itu melibatkan menteri untuk tujuan perasmian.
Mengambil contoh beberapa pertubuhan Islam bukan kerajaan seperti IKRAM, ABIM dan PAS yang menganjurkan pelbagai program untuk golongan pelajar Melayu Muslim di luar negara, beliau berkata, selama lebih 30 tahun aktiviti-aktiviti di bawah pertubuhan tersebut berlangsung tidak timbul isu perbelanjaan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
“Isunya senang sahaja, bukan masalah nak anjurkan kursus kahwin atau pun nak buat program untuk pelajar-pelajar Malaysia Muslim di luar negara.
“Banyak pertubuhan Islam bukan kerajaan lain sudah buat semenjak berpuluh tahun, tak habis belanja sampai ratusan ribu, dan tidak perlu melibatkan dana awam,” ujar Dr Maszlee lagi.
Status Facebook Dr Maszlee berkenaan isu YaPEIM tersebut yang dimuat naik pada jam kira-kira 1.30 petang itu menerima 162 ‘likes’ dengan lebih 20 komentar setakat jam 4.30 petang ini.
Sementara itu, Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW), Akmal Nasir dalam pendedahan terbarunya berkaitan YaPEIM, 20 November lalu memberitahu perbelanjaan untuk program di Australia pada 16 hingga 26 April 2014 menelan kos keseluruhan sebanyak RM218,505.
Terdahulu, Akmal membongkar penyaluran dana yang tidak munasabah bagi program di Amerika Syarikat dan Perancis yang kemudiannya membawa kepada tindakan saman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjaga Hal Ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Khamis (19 November) lalu.
Kona pusing macam mana pun, wang dipungut oleh YaPEIM itu adalah bertujuan untuk membantu orang Islam yang tergolong sebagai fakir miskin dan juga anak yatim di Malaysia sahaja. Itulah yang diniatkan oleh penyumbang wang derma kepada YaPEIM selama ini. Dalam perenggan mana pula piagam YaPEIM ada menyebutkan fasal dana YaPEIM itu boleh digunakan untuk menganjurkan kursus kahwin dalam negara apatah lagi di luar negara?
ReplyDeleteMenteri agama ni bernafsu besar mcm reta dia... Dulu bukan main ceramah dia dgr mcm nak bawa org mati sekrg dia lupa yg dia juga Allah akan ambil.. Siap dgn anak bini melancong pakai reta tabung derma org... Jenis apa le Malaysia ni... Kleuar pekeliling kita xdibenarkan buat program kat hotel... Depa senang senag pakai duit ratusan ribu utk program luar negara.. Yg kita program cuma rautsan dan ribuan pun dah kna potong dan xleh nak buat,... Ni le pak menteri amno.. Yg jaga agama plk tu... Yg xjaga agama xtau le....
ReplyDeleteBangsat punya menteri agama ni, dulu kau Barah duit zakat ha ,. Sekarang ko robek pulak duit YaPEIM,.ko diangkat oleh Umno Dan dilantik sebagi menteri boleh sesuka hati ko melahap duit YaPEIM,.ko juga menghalal benda yg haram tu,.nabi sendiri telah melarang kepada umatnya "jangan sesekali antara umat ku mengambil Dan memakan harta/hak/mahu duit anak2 Yatim," apa lah sangat darjat ko dalam jamaah menteri yg bodoh2 semuanya menteri Agama pulak tu!!!,.,.,
ReplyDelete