Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 22, 2015

Pelik: Takkanlah Orang Tua ni baru tahu!

Lebih dua puluh tahun pegang kuasa tak tahu apa-apa 
Sekarang baru celik? 

Mahathir: Jakim mahu paksa umat Islam ikut caranya
Zikri Kamarulzaman - 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu umat Islam di negara ini mengikuti caranya dalam menjenamakan agama.
"Al-Quran nyatakan tidak ada paksaan dalam Islam. Tetapi Jakim mahu paksa semua orang untuk mengikuti versi Islam Jakim" kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa Jakim dan badan agama lain terlalu banyak ‘mencerobohi’ kehidupan peribadi umat Islam.
Jakim ditubuhkan semasa Dr Mahathir adalah perdana menteri.
Beliau mengulas dakwaan yang menuntut Jakim dimansuhkan kerana ia dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini dan penubuhannya bertentangan dengan perlembagaan kerana Islam adalah urusan negeri dan bukan kerajaan persekutuan.
Dosa bayar zakat tanpa melalui kerajaan
Pemimpin berusia 90 tahun itu turut menafikan kenyataan bahawa ia satu dosa untuk membayar zakat secara langsung kepada golongan memerlukan.
"Saya baca al-Quran tetapi tak ada yang kata kita perlu membayar zakat kepada kerajaan.
"Tetapi saya suka bayar zakat kepada kerajaan. Jika tidak, kita perlu cari orang miskin, ini susah,” katanya secara sinis.
Mahathir berkata demikian kepada media selepas melancarkan buku bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bertajuk "Assalamualaikum: Observations of the Islamisation of Malaysia."

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa