Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 20, 2015

Hadi terlondeh lagi!

Patutlah halang debat Husam-Stopa

Azmin yang beritahu Hadi tawar bentuk kerajaan dengan Umno di Selangor
 | BORHAN AHMAD
Seorang lagi bekas AJK PAS Pusat tampil ke hadapan dan mengaku apa yang didedahkan oleh Datuk Husam Musa bahawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengaku mahu membuat kerajaan bersama Umno di Selangor adalah benar.
Yang menariknya, menteri besar Selangor sekarang, Mohamed Azmin Ali sendiri yang memberitahu seorang AJK PAS Pusat bahawa Hadi ada menawarkan kepadanya untuk menyertai PAS dan seterusnya membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor ketika krisis perlantikan menteri besar Selangor tahun lalu.
Ketua biro undang-undang Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Hanipa Maidin dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, beliau adalah antara saksi pengakuan Hadi itu.
Beliau mengakui merupakan salah seorang individu yang menjadi saksi berhubung dakwaan Husam itu dan mendapatkan pengesahan daripada Hadi di hadapan AJK PAS Pusat ketika mesyuarat jawatankuasa itu tahun lalu, lapor The Malaysian Insider.  
"Apabila timbul isu Selangor itu, memang masa itu Azmin ada menelefon seorang pemimpin PAS Pusat.
"Kebetulan masa dia telefon itu saya ada bersama, dan dia (AJK PAS Pusat) guna 'loud speaker' (pembesar suara di telefon).
"Jadi, saya dengar memang Azmin menceritakan apa yang berlaku semasa perbualan di antara beliau dengan Hadi," katanya sambil enggan menamakan pemimpin yang dihubungi Azmin itu.
Katanya, selepas mendapatkan pengesahan daripada Hadi, beliau ada bertanyakan tujuan presiden parti itu bertindak sedemikian.
"Kami dengan rasa terkejut, dia (Hadi) mengakui dan dia memberikan justifikasi. Katanya, jika PKR boleh tarik 2 Adun (PAS), kenapa kita (PAS) tak boleh buat?" kata Hanipa sebagaimana dilaporkan oleh portal berita itu.
Sebelum ini, bekas AJK PAS Pusat, Khalid Samad dan bekas ketua pemuda Suhaizan Kaiat mengesahkan apa yang didakwa Husam itu.
Bagaimanapun, ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfudz Mohamad mendakwa Husam membuat fitnah.
Husam ketika memberikan ceramah di Kota Bharu sebelum ini mendakwa Hadi pernah mengaku bahawa PAS menawarkan kepada beberapa Adun PKR termasuk Mohamed Azmin Ali agar menyertai PAS dan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan bersama di Selangor.

13 comments:

  1. Mereka (hulamak) bila mengluarkan kenyataan mereka lupa akan kesanya .disebabkan geram ,dendam dan bencinya pada amanah begitu lah jadinya.dia lupa dia orang berilmu islam ,apa hukum fitnah orang ,agaknay mereka rasa tak bersalah sebab dulu isu pil kuda tak jadi apa2 pun pada mereka ,mereka lupa adanay azab kubur,

    ReplyDelete
  2. Apakah layak di beri gelaran ulamak beliau ini. Perkara yang asas pun beliau tidak mampu lakukan.

    ReplyDelete
  3. Hadir hadi dlm peta politik negara banyak membawa petaka. Krn amanah dikg banggol peradong tercetus pelbagai kegawatan tragedi. Sperti kematian di mamali hinggalah kpd pulau memulau jiran tetangga. Bahana sungguh jadi ini dgn menjaja ilmu agama. Ulamak seperti inikah yg dijanjikan Allah mendahului manusia ke neraka ??????

    ReplyDelete
  4. kah kah kah
    Segala dakwaan Husam Musa ke atas TGHH tidak dapat diterima, selagi TGHH sendiri menafikannya.
    Jika TGHH menafikan dakwaan Husam Musa, maka ketika inilah segala saksi-saksi membuat kenyataan sama mengiakan Husam atau menafikannya.
    Dalam keadaan ini pengacau daun yang paling besar adalah Mustafa Ali. Kenapa pula Mustafa Ali tiba-tiba ajak Husam Musa berdebat mengenai isu ini.
    Pengacau dan pengkhianat kepada parti adalah Taqiyudeen, kenapa tidak beliau ingin menutup bangkai gajah yanv mesti ketahui oleh penyokong PAS.

    ReplyDelete
  5. Hadi dan najib..sama puaka..

    ReplyDelete
  6. Dlu...mahathir kata dlm umno ni ramai yg bodoh..hny yg bodoh ja tinggal dlm umno..
    La ni..pas pn serupa..hny yg bodoh ja duk dlm pas..
    Situasi sama..debat Bkn budaya umno..pas pn ikut sama..debat Bkn budaya pas..hahaha
    Husam..keluar la dri pas..anda seorang yg berjiwa rakyat..x layak bersama pas dh skrg..
    Pas dgn umno sama ja la ni..beza nama parti ja..
    Pas tlh mengkhianati perjuangan tgfn Dan tgna..

    ReplyDelete
  7. Orang yang GILA Amanat Amanat ini Lahanat sebenar nya

    Kepala Otak

    Anak siapa Lahanat Tua nih ?????

    Duduk kat kampong Mak Bapak tak de masa ajar anak jadi orang ke ????

    Apa punya manusia....

    ReplyDelete
  8. Macam dijanji-janjikan pula bahawa Najib akan membuat kerosakan ke atas bangsa Melayu dan Malaysia melalui UMNO, manakala Hadi Awang membuat kerosakan bangsa Melayu dengan melonggarkan fahaman Islam dan mengelirukan pengikut akidah pengikut PAS yang dibawanya.

    Mereka ini kalau diperhatikan memang sudah berusia agak lanjut tapi sayangnya mereka hanya mengaku Melayu dan Islam tapi sebaliknya mereka langsung tidak mempercayai adanya Nabi Muhammad dan wujudnya Allah SWT. Adakah mereka berdua memikirkan bahawa harta dan kemewahan boleh dibawa ke dalam kubur kelak? Atau sikap berdendam dan iri hati (Hadi Awang) terhadap Anwar boleh membawa beliau ke heraiki politik tertinggi?

    Semuanya permasalahan ekonomi dan politik Melayu dan Malaysia kini hanya berpunca dari Rosmah (Perempuan Sihir Teraggong) dan sifat Munafik Hadi Awang (iri hati dan berdendam terhadap Anwar). Yang lain adalah kerana menteri-menteri yang dilantik hanya menjaga perut dan ekonomi rumahtangga sendiri sahaja dan kebanyakkan mereka ini memang bersikap penyangak dan lanun darat.

    ReplyDelete
  9. Politik tidak boleh dipisahkan dengan islam...molek doh tu
    Tapi apabila dikaji bahawa ada agamawan yang menipu dalam berpolitik, bermakna tak mustahil mereka juga menipu dalam beragama

    ReplyDelete
  10. Hadi marang dah telanjang bulat pun hakikatnya..
    Tapi walaun2 duk keliling cover dia dgn tuala yg berlubang2..

    ReplyDelete
  11. Waladap2 bahalol2 memfitnah semahunya. Semoga Allah Taala balas setiap kejahatan

    ReplyDelete
  12. Bukan dengan tuala berlubang tetapi dengan plastik terang tanpa warna,anjing pun taknak tenguk.jijik.

    ReplyDelete
  13. Hehehe..berkata2lah, makilah, hinalah, kutuklah selagi mampu..:) matlamat kita, kehidupan kita yg abadi adalah akhirat sana..so fkr2knlh skli kehidupan disana..jgn org trjun gaung, kita pn nk turut skli..:)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa