Rupanya pondan ni ingin bersilat sorang-sorang kerana takutkan lawan
Jadi cuba diaturnya kononnya satu arena dibuka tanpa pihak yang ingin dia lawan tidak dimaklum pun!
Maka bolehlah dia belit dengan ayat jahatnya yang pihak lawan tak datang untuk berdepan dengannya kerana pihak lawan takut!
Yang peliknya gag order telah dihebahkan kononnya kawasannya juga.......besarkah dia untuk tidak mematuhi gag order itu?
FRIDAY, NOVEMBER 20, 2015
Esok ayam berkokok tanpa sahutan.....
Debat Husam dan Zaharudin @ menantu Hj Hadi yang dijangka berlangsung esok itu nampaknya tidak akan berlaku buat masa kini ....
Rupa-rupannya, program tersebut merupakan keputusan sebelah pihak dimana Husam tidak dihubungi untuk mendapatkan persetujuannya.
Menurut Husam ketika ini beliau sedang menerima rawatan lanjut di China dan dan akan berlanjutan disana seminggu lebih atas nasihat doktor untuk rawatan susulan. Beliau kesana pada Sabtu, 14hb November.
Esok Husam masih lagi berada di China. Tapi jangan ingat Husam tidak balik kerana takutkan nak debat dengan menantu Hj Hadi pula!
Menurut Husam beliau tidak ada masalah menemui Zaharudin di mana jua. Tetapi biarlah resam diikuti ramai digunakan.
"Jika orang yang lebih hebat dari beliau iaitu Dato' Mustapa pun InsyaAllah saya sanggup berdepan, tidaklah satu keberatan untuk saya menemui beliau. Biarlah ia diatur secara persetujuan bersama. Bila-bila pun saya bersedia, jika tidak bertindih dengan temu janji yang telah diatur lebih awal." Tulis Husam di akaun fesbuknya.
Beliau menempelak Zaharudin kerana bertindak secara bersendiri menetapkan tarikh 21hb untuknya bertemunya di KUISZM; sedangkan Fir'aun yang terkenal dengan kezalimannya itu lebih beretika ketika mengatur pertarungan dengan Nabi Musa a.s.
Ikuti tulisan Husam yang dimemuatnaik berikut :
Debat 21hb: Fir'aun Pun Berunding Dengan Musa
Sehebat dan segagah Fir'aun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Di Raja, Fir'aun merundingi Musa.
Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan.
Pada hal Fir'aun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku. Nabi Musa - mengikut Al Qur'an - yang mencadangkan: -
Masa : Dhuha/di waktu pagi sinarnya belum tersangat terik (Surah Ta Ha : ayat 59)
- Tempat : Juga dicadangkan oleh Musa, iaitu di ibu kota (namun saya tidak sempat merujuk ayat berkenaan)
- Tarikh : Yaumu Ziinah/hari perayaan nasional ( Ayat yang sama) Bahkan format pertarungan itu pun berlaku perbincangan. Ayat 65 dan 66 Surah Ta Ha menyebut jurucakap Ahli Sihir Fir'aun bertanyakan Musa siapa patut memulakan lemparan. Musa mencadangkan ia dimulakan oleh pihak Ahli Sihir.
Itu aturan dari dunia peradaban silam. Ia kekal hingga kini sebagai amalan bersopan yang diikuti di mana-mana.
Al Qur'an membawa kisah ini untuk membentuk peradaban ummat ini juga. Namun, rupanya ada juga insan yang ingin mempamirkan keberaniannya yang luar biasa dengan menetapkan sendiri tarikh, tempat, masa dan segalanya berkait apa yang dikatakan debat saya dan beliau.
Hingga kini saya tidak pernah dihubungi walau pun sepatah dalam apa jua bentuk.
Saya tentunya tidak lebih baik dari Nabi Musa a.s dan dia tentunya tidak lebih buruk dari Fir'aun.
Mengapa untuk isu 'debat' yang tidak sehebat mana pun, perlukan eksploitasi serendah itu?
Dunia sudah menjadi begitu sempit untuk satu pengaturan yang bersopan?
Secara bersendiri, hero kita ini menetapkan tarikh besok untuk saya bertemunya di KUISZM.
Saya tidak ada masalah menemui beliau di mana jua. Tetapi biarlah resam diikuti ramai digunakan.
Janganlah kerana beliau begitu hebat, insan kerdil yang lain kena mengikut semua telunjuknya, hatta tarikh debat pun hanya beliau yang mesti tentukan seorang diri.
Jika watak seperti ini menjadi sebahagian kerajaan negara ini atas apa jua platform, apa akan berlaku?
Jika orang yang lebih hebat dari beliau iaitu Dato' Mustapa pun InsyaAllah saya sanggup berdepan, tidaklah satu keberatan untuk saya menemui beliau.
Biarlah ia diatur secara persetujuan bersama. Bila-bila pun saya bersedia, jika tidak bertindih dengan temu janji yang telah diatur lebih awal.
Husam Musa
20 November 2015 8 Safar 1437H ~ sumber
Apakah ding ayang ni tak dapat tarbiah yang betul dari pak mertua ?.....atau ding sedang meniru "lagak" seseorang yang rapat dengannya.......(tak sebut nama supaya tak jadi fitnah).
ReplyDeleteKer Guaner TUANG Presideng !!!!!
Nanti kalau Husam dah kembali ke tanah air, debat akan dibatalkan... macam debat dengan `seluar dalam'... dah agak dah... ni semua dalam perancangan SUA
ReplyDeleteMmg perangai camtu menantu Hj.Hadi..pertandingan 3 penjuru d Damansara pun terjadi kerana dia tak ikut peraturan, ikut suka dia..kali yg ni mungkin dia takut, tapi dah bgtau semua org dia dah cabar Husam ..so kena buat sesuatu muslihat supaya nmpak dia yg hebat..
ReplyDeletemungkin bila hadi kata umno tak seburuk firaun dia tahu ada org yg lebih buruk dr itu... menantu dia...
ReplyDeleteYg biru karat spesis penyamun.
ReplyDeleteYh hijau spesis pondan.
Eloklah bergabung.
Yg biru karat spesis penyamun.
ReplyDeleteYh hijau spesis pondan.
Eloklah bergabung.
150 pelajar usa dpt kursus kawin free dgn duit yg sepatutnya bg kat anak yatim. Belajar free kursus kawin pun free. Haramjadah punya melayu. Duit derma kakitgn gomen pun ko sapu.....
ReplyDeletePokok tempat beruk bergayut dah nak tumbang. Klu tumbang habis fulus. Konarlah lagi boleh. Elok geng ustart ni tukar kopiah dengan topi cowboy. Sesuai dgn cakap dan perangainya.
ReplyDelete