Kalau pun terlampau mahu bebaskan bapa, apa yang boleh Jacel Kiram lakukan?
Apa pengaruh dia ke atas kerajaan Malaysia dan apakah suaranya boleh menggoncang pentas antarabangsa?
Berikanlah apa saja alasan, perkara dah dilakukan dan memang kebanyakan rakyat terguris dan aku pun rasa marah kerana keluarganya manghuru-harakan Sabah serta membunuh anggota keselamatan kita dan Jacel ini salah seorang penyokong kuat tindakan itu
Pihak polis pun nak tahu juga. Baca link ini: Polis mahu tahu apa tujuan perjumpaan Izzah-Jacel
Saya kesal gambar bersama Jacel Kiram timbulkan kemarahan – Izzah
Dia menjelaskan tidak pernah berkenalan dengan Jacel Kiram kerana semua tetamu diundang oleh penganjur program.
PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar kesal kerana gambarnya bersama Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram telah membangkitkan kemarahan ahli keluarga patriot dan perajurit yang terkorban ketika pencerobohan Lahad Datu.
Naib Presiden PKR itu berkata, dia juga kesal kerana gambar itu membuat rakyat Malaysia terasa dan marah.
“Saya tahu dan faham ahli-ahli keluarga patriot dan perajurit yang terkorban akibat pencerobohan Lahad Datu dan rakyat Malaysia amnya cukup terasa dan marah akibat gambar saya dan Jacel Kiram, dan saya berasa amat kesal atas hakikat ini.
“Simpati dan sokongan saya dari dulu hingga bila-bila adalah kepada para perajurit pahlawan negara yang terkorban serta komuniti-komuniti yang masih terkesan akibat konflik ini serta desakan puak pemisah.
“Sebagai seorang Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia yang setia kepada nusa dan bangsa, saya akan sentiasa mempertahan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia yang tercinta,” katanya dalam kenyataan media.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempertahankan dirinya dan menjelaskan dia tidak pernah berkenalan dengan Jacel Kiram.
Katanya, Jacel antara 15 tetamu yang dijemput penganjur program iaitu Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina pada 9 November lalu.
“Semua yang hadir di program tersebut telah bergambar dengan saya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Working Group on Arbitrary Detention) yang menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta-merta,” katanya.
Izzah berkata, dia tiada apa-apa yang mahu disembuntikan dan bersedia bekerjasama dengan polis bagi menjelaskan tujuan lawatan ke Filipina itu.
Inilah yang dikatakan cerdik tak boleh diikut dan bodoh tak boleh ditegur,sudah tahu yang boleh menjadi isue untuk diri sendiri dan negara kenapa mahu tunjuk muka dan dipaparkan dimuka media apakah tiada jalan lain yang boleh membuatkan dunia tahu yang bapa dan keluarga kita telah dimusnahkan oleh kerajaan yang zalim,biarlah apa yang kita buat itu sesuai dengan keadaan semasa dalam negara dan politik yang sehat.
ReplyDeleteSeungguhnya Saya amat simpti kepada Yb Nurul Izzah atas issu tersebut,.kesilapan Ada dimana mana, bersabar dan jadikan lah ia sebagi iktibar dan pengajaran pihak Yb sendiri,.. Inshaa Allah
ReplyDeletekita kena adil kpd semua...pertemuan itu x di rancang...sama juga mcm najib yg baru2 ini bersalaman dgn PM Israel...apa citer ????
ReplyDeleteTapi PM kita tidak makan sekali sambil tunjuk plakad i support any effort to protect the sovereignty of Israel macam papa hebat nurul izzah buat. Kalau nak cover tu cerdiklah sikit.
DeleteAnon 10:21 AM
ReplyDeleteKita yang tak ada kena mengana secara peribadi mungkin boleh terima penjelasan itu. Tapi walau pun tersempak dan tidak dijangka, janganlah tayang gambar dengan memegang poster tu. Dah tu jadi viral pula.
Apa perasaan orang sabah dan keluarga anggota keselamatan yang terbunuh?
Pernahkah kita letak diri kita di situ?
Pada Anwar juga kita simpati dan kesihan pada keluarganya tapi bukan itu caranya untuk bebaskan Anwar. Dengan itu mungkin nama Anwar juga tercemar di mata orang sabah
stupid
ReplyDeleteAdmin diminta selidik fakta dia prgi ats jmputan atau suka2..mgsa lahad datu bukn dia..krajaan bgi elaun kat kiram ada kmu kira?jmput lgi kat psidangn umno..krajaan wat jnji dgn org sulu n mungkir..ada nk sebut?hati2 dgn knyataan kamu
ReplyDeleteMereka adalah sebagai jemputan dalam acara tersebut dan seperti dinyatakan oleh Nurul, dia tidak pernah kenal pun dengan Jakel Kiram. Adalah menjadi kebiasaan bagi para jemputan mengadakan sessi bergambar dalam sesuatu majlis. Namun jelas ianya merupakan satu langkah dalam kategori 'tersilap' yakni tanpa diniatkan untuk mengharukan keadaan. Setelah menyedari kesilapan tanpa niat itu, Nurul dengan berjiwa besar mengaku akan kesilapan itu. Sekarang bandingkan dengan Hadi, pernahkah dia mengaku pernah buat silap yang kita semua tahu? Dan bandingkan juga Najib bertemu Benjamen Netanyahu yang tidak mungkin beliau tidak kenal. Episod tersilapnya Nurul ini hanyalah untuk menutup isu terang-terangan dua malaun tadi, harap maklum.
ReplyDeleteNurul izzah bukannya bodoh, graduan universiti usa lagi, siap diangkat menjadi ahli parlimen. Sudah tentu dia kenal terhadap mana mana personaliti dalam dan luar negara, termasuklah keluarga pengganas kiram. Malah sudah tentu dia diperkenalkan dengan jacel kiram sebelum bertentang mata di meja makan. Nurul izzah sepatutnya menolak dengan sopan untuk makan atau bergambar dengan jacel kiram jika dia faham sentimen rakyat malaysia terutama sabah terhadap keluarga pengganas kiram. Tapi nampaknya demi membebaskan papa hebat 4cm dari penjara kesemuanya ditolak ke tepi demi mendapat sokongan calon senator filipina jacel kiram. Inilah keluarga 69 yang penuh caca marba dan tunggang langgang.
Delete