Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 3, 2016

Akhbar Harakah: Kalau orang PAS pun tak beli, orang lain apatah lagi!

Nasrudin tegur ahli Pas tak beli Harakah
SITI FATIHAH AWANG - 3 JUN 2016
Nasrudin Hassan Nasrudin

KOTA BHARU - Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur tindakan segelintir ahli Pas yang masih lagi tidak menyokong penerbitan lidah rasmi mereka, akhbar Harakah.

Menurutnya, Harakah merupakan salah satu medium yang membantu memberi penerangan mengenai pelbagai skop terutamanya untuk menghakis segala cabaran dan serangan negatif mereka yang cemburukan parti Islam itu.

"Saya tidak tahu sejauh mana perwakilan semua tahu betapa pentingnya lidah rasmi ini kepada kita. Ahli kita hampir sejuta, dan kita meletakkan sasaran 60,000 naskah untuk setiap kali keluaran, walaupun jumlah tersebut terlalu kecil dengan jumlah keahlian kita.

"Kita amat kesal kalau ada perwakilan yang tidak baca harakah. Apapun, mana-mana yang masih belum pernah menyokong Harakah sebelum ini, sila tunjukkan komitmen anda kerana kita bukan jual secara luaran, maka tunjukkan usaha anda untuk langgan dan sebagainya," katanya semasa ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-62 di sini.

Dalam masa yang sama, Nasrudin memberitahu, penerapan politik matang dan sederhana  sebenarnya banyak membantu semua ahli kembali kepada jalan perjuangan parti dan Islam yang sebenarnya.

Walaupun ada yang 'sinis' mengatakan selepas gagasan politik tersebut diterapkan, mereka tidak boleh menyampaikan ceramah 'menghentam' Umno, beliau berkata, mereka sepatutnya lebih mengutamakan penerangan untuk menterjemahkan perjuangan Islam yang dibawa Pas.

"Bukan tidak boleh hentam Umno, tetapi perlukan berfakta dan sebagainya. Jangan hanya beremosi semata-mata. Saya ingat lagi ceramah yang disampaikan Ketua DHPP, N. Bala Subramaniam, beliau tidak terlalu hentam Umno sebab sudah awal kita memang tahu Umno adalah musuh kita.

"Tetapi beliau menekan tentang perlunya kita kekal dengan perjuangan kita. Berganding bahu untuk memberi penerangan mengenai perjuangan kita, sebelum menghentam orang lain. Itu lebih penting untuk istiqamah dalam perjuangan dan menarik lebih ramai pengikut perjuangan," katanya.

3 comments:

  1. Ala Din al jarmani.....suruh ja subramaniam dan DHPP tu beli sama......harakah ni macam utusan je.....tak lebih tak kurang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nengok dlm harkah semua.gambo siku ngan lutut
      Cam ne bak beli...hihihi

      Delete
  2. berapa taun lagi sessi bg penerangan?
    sepatutnya selepas meguasai 5 negeri semasa gabuga BA dulu.pas telah menjadi cukup dewasa....rakyat telah kenal pas..bersama pr juga sepatutnya menambah kedewasaan pas.
    biasalah.bila berasa dah kuat.mcm2 yg terjadi..
    akhirnya ramai yg larikeuar setelah dihalau....makanya kenalah bg penerangan prisip blok ke3 politik matang bergabung dengan ikatan...bekerjasama dengan umno
    ape sebenarnya pejuabgan pas?
    aeperti dulu berjuang untuk isla nengapus kemugkaran umno atau berjuabg untuk melayu dan hanya mampu menasihati umno je

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa