Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, June 8, 2016

Amanat Hadi menular kembali: Dulu tujukan UMNO, sekarang tidak lagi!

ERA "AMANAT HJ HADI" KINI SEDANG MENULAR KEMBALI.
Sunday, June 05, 2016
"Ana tak perlu jawap salam enta ..." Sidek Nor kepada Ust Ahmad Awang

Kelihatan Ketua Urusan Ulama Pas Perak, Sidek Nor asyik dengan henponnya
mungkin bermain Angry Birds....hingga tak mau jawab salam Ust Ahmad Awang
Peristiwa menyedihkan berlaku dalam kawasan dewan penamaan calon ketika menunggu pengisytiharan calon sebentar tadi.

Ust Ahmad Awang  bagi ucapan salam kepada Ust Sidek Noor. Tetapi tidak dijawapnya.

Ust Sidek Nor terus tunduk dan kelihatan sangat sibuk dengan hensetnya, mungkin sedang khusyuk berwasap...lalu Ust Ahmad Awang mengulangi salamnya kepadanya. Masih juga tak ada respon darinya....

Apabila Ust Ahmad Awang memberikan salam bagi kali ketiga, barulah Sidek Nor angkat muka dan memberikan responnya.....
"Ana tak perlu jawap salam enta ..."  begitulah tindak balas seorang yang menjadi Ketua Urusan Ulama Pas Perak.

Salam adalah sapaan dan merupakan sebuah do’a untuk kebaikan bagi kita hingga sudah selayaknya jika kita membalas dengan doa kebaikan pula.

Allah berfirman yang artinya:“Apabila kalian diberi salam/penghormatan, maka balaslah dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa.” (QS. An-Nisa’: 86)

Ulama juga sepakat bahwa memberi salam hukumnya sunah dan menjawabnya wajib. Maka berusahalah membalas salam dengan yang lebih baik atau semisalnya.

Tidak tahu apa alasan Sidek Nor untuk tidak mahu menjawap salam Ust Ahmad Awang...apakah Sidek Nor menganggap Ust Ahmad Awang sudah terkeluar dari Islam kerana keluar Pas?
Kalau nak ikut kenyataan Presiden PAS Hj Hadi, beliau menegaskan bahawa semua ahli mesti menumpahkan ketaatan kepada parti itu kerana ia seumpama akidah. Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah...

Untuk berada dalam parti Pas kena ada akidah oi! Korang yang keluar Pas Hj Hadi dan kuncu-kuncunnya anggap korang semua sudah tidak ada akidah....alahai. Mungkin itulah sebabnya Sidek Nor tak mahu balas ucapan salam Ust Ahmad Awang ??

Sedangkan mayoritas ulama (baca: jumhur) berpendapat bahwa jika orang kafir memberi salam, maka jawablah dengan ucapan “wa ‘alaikum”.

Dalilnya adalah hadits muttafaqun ‘alaih dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ
“Jika seorang ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) memberi salam pada kalian, maka balaslah dengan ucapan ‘wa’alaikum’.”
(HR. Bukhari no. 6258 dan Muslim no. 2163) Sumber: https://rumaysho.com/2036-membalas-salam-non-muslim.html

Bila saya menalipon Ust Ahmad Awang bertanyakan hal Sidik Nor yang diatas itu, beliau telah mengesahkan kejadian tersebut. Beliau berasa amat kesal sekali dengan sikap Sidek Nor dan pemimpin-pemimpin Pas yang lain yang ada di situ.

Presiden Pas juga ada disitu. Pakar Hadis Perak, Azli Musa juga ada....Tapi mereka bersikap amat dingin seolah-olah tidak pernah mengenali Ust Ahmad Awang.

Ust Ahmad Awang bercerita, "Amat berbeza pula bila saya pergi ke tempat Umno/BN. Zambry bangun dan dia memberikan ucapan salam kepada beliau..."

Benci sangat Hj Hadi kepada orang-orang Amanah sampai begitu sekali ....dan itulah yang dia hasut orang-orang Pas supaya membenci Amanah, tapi tidak Umno! - sumber

1 comment:

  1. uztas2 pas semua nya hebat..tengok presiden nya la...orang dari majlis ulama dunia...
    pe tok ketua larang...kena ikut..jangan melawan..atau muktamar akan datang hangpa kena halau buta2 je

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa