Serangan Orlando: 'Dia datang, matilah saya' teks terakhir mangsa kepada ibunya
Kohilah Sekaran, Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 13, 2016 13:54 MYT

KUALA LUMPUR: Ibu kepada salah seorang mangsa tembakan rambang di Orlando berkongsi mesej terakhir yang dihantar anaknya ketika serangan di sebuah kelab malam di Florida pada Ahad.
Mina Justice mendedahkan mesej yang dihantar anaknya, Eddie, ketika dia bersembunyi di dalam tandas di kelab malam Pulse di Florida.
Memetik laporan portal Metro.co.uk, Justice menjelaskan bahawa anaknya yang berusia 30 tahun itu telah menghantar mesej selepas kelab itu diserang seorang lelaki bersenjata, dan memintanya untuk menghubungi pihak polis.
Dalam mesej itu, Eddie memberitahu ibunya, "Saya sayang ibu", sebelum memaklumkan yang dia sedang bersembunyi di tandas bersama pelanggan lain.
“Dia dah datang. Matilah saya,” sambung mesej daripada Eddie.
Mesej berikutnya tertulis, “Dia tahan kami, dia berada di sini dengan kami,” tunjuk Justice kepada pihak media yang berada di luar kelab malam itu.
“Itulah perbualan terakhir,” kata Justice yang berada di luar lokasi kejadian sementara menunggu maklumat mengenai anaknya.
Mesej itu diterima pada kira-kira jam 2.45 pagi (waktu tempatan), tidak lama selepas pengganas melepaskan tembakan dan menahan tebusan di kelab malam untuk golongan homoseks itu.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang maklumat berkenaan Eddie.
“Saya tidak pasti jika anak saya selamat,” kata Justice.
Tembakan rambang ini membunuh kira-kira 50 orang dan mencederakan 53 orang, sekali gus menjadikannya kes tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.
# terdahulu - Serangan Orlando: Penyerang mengaku terlibat Daish, kata pihak berkuasa
Mina Justice mendedahkan mesej yang dihantar anaknya, Eddie, ketika dia bersembunyi di dalam tandas di kelab malam Pulse di Florida.
Memetik laporan portal Metro.co.uk, Justice menjelaskan bahawa anaknya yang berusia 30 tahun itu telah menghantar mesej selepas kelab itu diserang seorang lelaki bersenjata, dan memintanya untuk menghubungi pihak polis.
Dalam mesej itu, Eddie memberitahu ibunya, "Saya sayang ibu", sebelum memaklumkan yang dia sedang bersembunyi di tandas bersama pelanggan lain.
“Dia dah datang. Matilah saya,” sambung mesej daripada Eddie.
Mesej berikutnya tertulis, “Dia tahan kami, dia berada di sini dengan kami,” tunjuk Justice kepada pihak media yang berada di luar kelab malam itu.
“Itulah perbualan terakhir,” kata Justice yang berada di luar lokasi kejadian sementara menunggu maklumat mengenai anaknya.
Mesej itu diterima pada kira-kira jam 2.45 pagi (waktu tempatan), tidak lama selepas pengganas melepaskan tembakan dan menahan tebusan di kelab malam untuk golongan homoseks itu.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang maklumat berkenaan Eddie.
“Saya tidak pasti jika anak saya selamat,” kata Justice.
# terdahulu - Serangan Orlando: Penyerang mengaku terlibat Daish, kata pihak berkuasa
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa