Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 5, 2016

Dengarlah nasihat Najib ni!

Pilih pemimpin tepat, negara akan aman
4 JUN 2016 
Najib Tun Razak Najib Tun Razak. - Foto Bernama

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, soal pemerintahan dan pemilihan kepimpinan yang tepat berkait rapat dalam menentukan soal keamanan dan keharmonian negara.     

Beliau berkata, kesilapan pemilihan pemimpin boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara dan bergolak seperti yang dialami kebanyakan negara Islam  seperti Syria, yang menyaksikan umat Islam negara itu berada dalam keadaan terancam dan tertekan.    

"ALLAH suruh kita taat kepada-NYA, taat kepada Rasul dan Ulul Amri. Itulah prinsip di dalam Islam yang mana soal pemerintahan dan kepimpinan tidak boleh dipisahkan.    

"Kalau letak orang yang bukan pada tempatnya, akhirnya berlaku pergolakan kerana kegagalan kepimpinan. Maka, kita semua akan terima kemudaratan seperti yang berlaku di negara Islam yang lain," katanya.    

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau dalam Parlimen Pekan di Masjid Pulau Serai di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Ishak Muhamad.    

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, rakyat Malaysia harus mengambil iktibar terhadap nasib yang menimpa umat Islam di Syria berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.    

"Baru-baru ini, kita terima kumpulan kedua pelarian dari Syria yang negara kita mampu tawarkan 3,000 tempat untuk mereka diberi perlindungan.

"Kalau dengar cerita mereka, memang mengerikan apa yang terpaksa dihadapi dan dilalui. Justeru, ini adalah peringatan bagi kita," katanya.

Najib berkata prinsip wasatiyah atau kesederhanaan dalam pemerintahan yang diamalkan kerajaan selama ini turut menjadi kunci utama keharmonian dan keamanan negara.

Menurutnya semua pendekatan yang dilaksanakan kerajaan membolehkan setiap dasarnya dapat diterima baik termasuk dalam kalangan rakyat bukan Islam di negara ini.    

"Ini berlaku kerana kita telah melakukan pilihan yang tepat dengan mengamalkan pendekatan wasatiyah, yang menepati kehendak Islam yang sebenar iaitu tidak terlalu ketat dan dalam masa sama tidak terlalu longgar atau liberal.    

"Kita berada di tengah-tengah kerana itulah kehendak Islam supaya tidak berat sebelah dan amalkan dasar kesederhanaan. Ini memudahkan kita diterima oleh mereka yang beragama Islam mahu pun bukan Islam," kata beliau.

Pada majlis itu, sebanyak 226 masjid dan surau menerima sumbangan wang tunai dan kurma sebagai persediaan menyambut Ramadan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa