Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 8, 2016

"Di mana Islamnya PAS setelah pemergian Arwah TGNA?"

Mesej Dato Paduka Husam Musa sangat jelas.
Posted on Thursday, May 19 @ 10:34:57 MYT by paktam
Oleh Noor Muhammad Md Norani

Setelah dibuli oleh kerajaan negeri Kelantan dengan soalan-soalan beliau yang bukan sahaja tidak dijawab, malah diakhiri pula dengan pemecatan beliau (walaupun masih belum diterima surat rasminya), beliau nekad bangkit untuk melawan.

Kelantan adalah tanah tumpah darah beliau yang wajib diselamatkan daripada terus dijarah oleh penguasa korup bertopeng agama.

Untuk itu, DHM telah mensasarkan sejumlah 25 DUN yang bakal dirampas daripada UMNO dan PAS pada PRU14 nanti.

Dan beliau memerlukan undi daripada belia-belia yang pernah menyokong beliau satu ketika dahulu ketika beliau menjadi calon Parlimen PRU13 di Putrajaya.

Kendatipun begitu, soalan seterusnya yang masih belum dijawab oleh Husam adalah,
'Parti mana yang boleh menawarkan pakej menarik untuk DHM melaksanakan misi tersebut?'

PKR, DAP atau Amanah?

Dan Dato Husam mengakhiri sesi dialognya pada malam ini dengan soalan kepada pimpinan dan ahli PAS,

"Di mana Islamnya PAS setelah pemergian Arwah TGNA?"

Noor Muhammad Md Norani
Dialog bersama Husam Musa,
Dewan KLSCAH, 18 Mei 2016.

# surat Husam yang berjela-jela kepada Haji Hadi: Baca di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa