Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 15, 2016

Dok jaja Hudud lagi?: Nak bentang dan tangguh lain, dok jaja lain!

Amaran Hadi kepada orang Islam menentang hudud
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 14 JUN 2016
Hadi Awang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi amaran kepada para penentang undang-undang hudud terutama daripada kalangan umat Islam sendiri dengan bersandarkan tiga potong ayat Al-Quran iaitu surah Hud ayat 18, surah Al-Baqarah ayat 208 dan surah Al-Maidah ayat 82.

Menurut Abdul Hadi, hanya mereka yang buta al-Quran akan melabel hukum hudud itu sebagai ciptaan Pas.

“Bahkan tidak boleh dicipta Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang hukum ALLAH SWT terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.

“Walaupun Pas telah perkenalkan melalui proses demokrasi serta dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam dalam dan luar negara, namun masih ramai yang beragama Islam buta al-Quran mengulas dengan akal jahil agamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini usaha Abdul Hadi membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 ke Dewan Rakyat bagi mengangkat taraf Mahkamah Syariah dihentam banyak pihak susulan ia dikaitkan dengan hukum hudud.

Pihaknya telah berkali-kali menegaskan pindaan itu tidak melibatkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya untuk mempertingkatkan kuasa Mahkamah Syariah yang hari ini lebih rendah daripada Mahkamah Sivil.

Sementara itu, menyentuh soal penangguhan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu, Abdul Hadi berkata, undang-undang syariat ALLAH itu masih tidak dapat dilaksanakan demi meraikan golongan yang jahil walaupun mereka mengaku Islam.

“Walaupun sudah dilulus dan diwarta dua negeri namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.

“Sungguh malang mereka yang menyerang dan menghalang hudud malah lebih bersimpati terhadap penjenayah daripada mangsa individu dan masyarakat yang malang dalam masa yang sama terus menjadi khadam kepada penjajah yang sudah keluar. Tiba-tiba mereka pula ambil kerja penjajah.

“Sangat malang bagi penganut Islam yang tidak setuju menaik taraf Mahkamah Syariah kerana menghina agamanya sendiri,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada penentang hudud yang kononnya menegakkan hanya menentang hudud bukan bermusuh terhadap Islam dan umatnya.

“Kepada sesiapa yang bersilat kata-kata dan tulisan menentang, Allah menetapkan setiap perkara Islam adalah bersambung tanpa dapat dipisahkan.

“Ketahuilah memisahkan mana-mana hukum Islam daripada ikatan Islam adalah langkah syaitan,” katanya.

# aku rasa muslim sebenar tidak ada yang menghalang atau mencurigai Undang-Undang Allah. yang merosakkannya adalah meraih mileage politik daripadanya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa