Saturday, June 4, 2016

Lanjutan cerita jumpa Datuk Zaid semalam

Terserempak di Airport

Kami tersempak di tempat scanning luggage di airport semasa sama-sama nak ke KL petang semalam.

Beliau senyum dan saya hulurkan tangan bersalam. Sambil bersalam beliau berkata 'Ooo...Din lama tak jumpa, kita dua-dua dah tua ye? Rambut pun dah sama-sama banyak uban'

Dari situlah kami sama-sama ke bilik menunggu dan bersembang panjang sambil menunggu flight jam 7:35 PM

Saya mengenali Zaid Ibrahim ni seketika selepas rumahnya di Jalan Pasir Hor siap dibina dan seorang kawan yang rapat dengan keluarga saya ajak berkunjung ke ruamahnya. Ketika itu saya panggil beliau dengan En. Zaid dan dikenali sebagai seorang Peguam yang berjaya di Kuala Lumpur

Sejak dari itu, sekiranya beliau balik ke Kota Bharu, sayalah salah seorang daripada ramai kawan-kawannya di ajak untuk huha-huha di Hotel Perdana kekadang sehingga jam dua pagi. Semasa itu beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Tak lama selepas pegang jawatan di UMNO Bahagian, beliau menjadi MP Kota Bharu sebelum dikalahkan oleh Ramli Ibrahim pada tahun 2008

Pada anggapan saya beliau adalah seorang pemurah.

Pada satu masa seorang kawan datang ke rumah saya. Bila dia berhentikan kereta, tetiba dia keluar ikut pintu sebelah kiri. Bila saya tanya kenapa keluar ikut kiri? Dia cakap pintu kanan aku rosak, dah lama dah tapi akau tak ada diut nak baiki. Kebetulan pada masa itu saya pun kekeringan juga untuk menolong.

Saya kata kat dia, selepas solat Isyak nanti datanglah ke rumah aku.
Selepas Isyak dia sampai dan saya bawanya ke rumah Zaid. Kebetulan Zaid ada di rumah sedang bersembang dengan dua tiga orang yang sudah pun datang sebelum kami. Kami masuk join sembang sambil minum kopi. 

Sedang asyik sembang Zaid saya panggil ke satu sudut bertanya ada apa-apa hal saya nak sampaikan.
Secara terus terang yang saya beritahu kawan saya tu perlukan pertolongan tapi pada masa tu saya tak dapat tolong. Saya ceritakan pada beliau bagaimana keadaan kawan saya tu semasa datang ke rumah saya petang tadi. Zaid diam dan saya sambung bersembang

Tiba-tiba Zaid panggil kawan saya tadi masuk ke salah satu bilik di dalam rumahnya. Bila kawan saya dan Zaid keluar, saya nampak kedua-duanya tersenyum.

Ketika balik, di dalam kereta kawan saya cakap yang Zaid beri RM1000 suruh tukar pintu kereta. Sedangkan pintu yang rosak hanya satu sahaja!

Pada masa itu beliau belum lagi jadi MP mau pun menteri

Cerita semalam: 

Bayaran  ex-gratia

Tun Salleh Abbas dan peguam dipecat di berikan  ex-gratia kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim yang dipecat oleh Mahathir yang terlibat secara langsung dalam kes 20 tahun lalu iaitu: Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. Itu adalah atas usaha Datuk Zaid semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri 

Rupanya usaha beliau itu tidak digemari dan ramai daripada ahli kabinet tidak menyokong usahanya itu kecuali Tan Seri Shahril Samad namun menjapat persetujuan PM Pak Lah. Katanya 

Beliau nampak bangga atas kejayaan usahanaya itu kerana berjaya menebus marwah pengamal undang-undang yang mempertahankan kebebasan undang-undang di negara ini.

Saya kata "Tak apa, setidak-tidaknya usaha you disanjungi oleh waris mereka dan akan mengenang jasa you"

Yang saya tahu beliau adalah orang yang cukup berpegang pada prinsip sekira dipercayainya betul. Beliau telah meletak jawatan setelah merayu kepada YDP Agong ketika itu supaya tidak melantik Najib sebagai PM meggantikan Pak Lah. Sebabnya Najib dikelabui olah kes pembunuhan Altantuya Sharibuu. 

Tang ni beliau tidak bercerita lanjut, saya pun tidak menyoal panjang, namun begitu saya yakin beliau bertindak begitu pastinya beliau ada maklumat yang boleh diyakini

Akhrinya beliau meletak jawatan

Kini - Kemana rakyat Malaysia nak letakkan harapan

Dipersetujui oleh beliau bila saya katakan yang rakyat Malaysia agaknya pada siapa nak diharapkan harapan?
UMNO/BN tidak lagi mewakili rakyat tetapi MP dan Ketua Bahagian memperjuangkan kelangsungan kedudukan dan kekayaan masing-masing.

Kebanyakan menteri yang dilantik Najib pula, you tengok siapa yang bercakap untuk membela rakyat. Kebanyakan mereka bercakap membela Najib walau pun nampak bodoh!
Sebagai contoh beliau point out Salleh Said Keruak dan Menteri recond Azlina

Nak harapkan PAS, PAS dah jadi cloan UMNO
Sama-sama memikul keris pula!

Nak harapkan PH, mereka masih berantakan sesama sendiri. 
Jadi bolehkah nak harapkan mentadbir sebuah negara dengan sempurna?
Memang rakyat Malaysia jatuh malang

* Saya akan sambung lagi soal PAS/Hadi yang berpeluk dengan UMNO/Najib

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa