Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 15, 2017

Habis....siapa yang tahu?

Saturday, 14 January 2017
KALAU MENTERI TAK TAHU, HABIS....SIAPA YANG TAHU?

Ketika mengeluarkan arahan agar Mara dan UniKL menangguhkan sebarang tajaan untuk tahun ini, melainkan berkaitan pendidikan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob jelas tidak tahu menahu mengenai penajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan yang menjadi isu hangat sekarang ini.

"Saya akan dapatkan laporan terperinci daripada Mara dan UniKL. Seperti saya kata saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini.

"Apa-apa pun saya akan dapatkan laporan.

"Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok," katanya lagi.
Dalam hal ini, mujurlah ada Tengku Mahkota Johor yang berani mendedahkan bukti-bukti tentang penajaan yang diterima Kelantan daripada dua anak syarikat Mara iaitu Pelaburan Mara Bhd dan UniKL, jika tidak, sampai bila-bila pun Ismail Sabri tidak tahu apa-apa mengenainya.

Yang menjadi persoalan, mengapa Ismail Sabri selaku menteri tidak tahu?

Tidak diberitahu, tidak perlu diberitahu atau sengaja tidak diberitahu?

Bukankah beliau menteri yang bertangungjawab terhadap Mara dan Mara itu sendiri terletak di bawah kementeriannya?

Mengapa hal-hal seperti penajaan kepada sebuah pasukan bola yang boleh mengundang kontroversi kerana terdapat individu yang ada kepentingan di kedua-dua belah pihak, tidak dimaklum atau diberitahu kepada menteri?

Habis, kepada siapa Mara dan UniKL beritahu atau maklumkan mengenai penajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan itu?

Atau kelulusannya dilakukan tanpa makluman dan pemberitahuan kepada pihak atasan iaitu kementerian?

Apa lagi perkara-perkara lain di Mara, UniKL dan lain-lain anak syarikat Mara yang sepatutnya menteri tahu, tetapi beliau tidak tahu dan tidak diberitahu?

Lalu, tiap-tiap minggu ada mesyuarat pasca kabinet yang dipengerusikan oleh Ismail Sabri, apa yang diberitahu oleh Mara dan Annuar dalam mesyuarat tersebut?

Pengakuan tidak tahu oleh Ismail Sabri ini adalah satu lagi sebab yang kuat untuk PDRM dan SPRM agar segera menyiasat Mara dan Annuar Musa. (SH 14/01/2017).

Kaitan: LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!

Posted by Shahbudin Husin at 07:55 

1 comment:

  1. bila dah ada jawatan..berkaitan pula dengan amanah juga duir yg berjuta juta.. secara otomatik..duit yg ada jd hak milik pengurusi...ape ape pun boleh tanpa ada persetujuan sape sape pun srlain pengurusi... tu sebabnya bila di tanya menteri lain...lansung tak tau.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa