Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 14, 2017

Tekan rakyat: PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat dua kali lama saja

Ketika pusat tekan, Kelantan juga tambah beban rakyat, dakwa Husam
14 Januari 2017 | ZIKRI ABDULLAH
Husam bersama Wan Rahim menerima 25 borang permohonan menjadi ahli Amanah di Bunut Payong.

Ketika kerajaan pusat menekan ekonomi rakyat dengan pelbagai cara, kerajaan negeri Kelantan juga didakwa membuat pendekatan yang sama, dakwa Datuk Husam Musa.

Sehubungan itu, Penasihat Amanah Kelantan itu mendakwa, kedua-dua parti yang menjadi pemerintah di peringkat negeri dan persekutuan kini dilanda krisis keyakinan rakyat Kelantan.

Kerajaan negeri yang terus menaikkan pelbagai cukai terhadap rakyat bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat menimbulkan keresahan orang ramai.

"Terbaru pengusaha kecil bidang pembinaan dikejutkan dengan kenaikan cukai pasir yang menyebabkan harga bata blok meningkat dan kos membina rumah naik mendadak," kata Husam.

Beliau yang menjawab soalan di majlis sembang kedai kopi di Bunut Payong Dalam pagi semalam menyifatkan kedua-dua kerajaan mengambil langkah serupa bagi menanggani kemelut ekonomi.

"Cara mudah untuk menambah pendapatan kerajaan hanyalah dengan menekan rakyat melalui kenaikan cukai.

"Kaedah ini telah terbukti dalam sejarah menjadikan masyarakat porak peranda malah ada kerajaan-kerajaan yang dijajah apabila rakyat bangun memberontak," katanya.

Beliau yang baru pulang dari lawatan ke Syria mengambil sejarah kota Alleppo sebagai contoh.

Kota ini dalam sejarah jatuh ke tangan Islam kerana rakyat di situ bangun memberontak terhadap pemerintah Rom yang membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi.

Bila kerajaan Islam memasuki Alleppo mereka diterima secara aman kerana yakin pemerintahan Islam tidak akan bertindak membebankan rakyat.

"Situasi sekarang jelas menunjukkan rakyat Kelantan amat kecewa dengan cara kerajaan negeri yang tiada idea baru bagi menambah pendapatan selain mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyat.

"Rakyat yang yang katanya ditekan GST, kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian akibat kerajaan Pusat ditekan kerenah kerajaan negeri pula.

"Sebab itu di mana-mana kita dapati berlaku pergerakan keluar dari kedua-dua parti Pas dan Umno.

"Amanah dan Pati Pribumi Bersatu Malayasia (PPBM) sentiasa berkembang setiap hari," katanya.

Beliau yakin situasi ini akan berkesudahn dengan perubahan politik bila berlaku pilihan raya ke 14 nanti.

"Pakatan Harapan (PH) dan PPBM akan mengambil alih Kelantan dalam pilihan raya ini issya Allah," katanya.

Turut hadir di majlis itu adalah bekas, Ketua Jajahan Kota Bharu, Haji Ismail Ghani, bekas Ketua Eksetutif SEDC, Haji Sabri Adullah, bekas Pengurus Air Kelantan, Ir. Fauzi Abdullah dan bekas pegawai Jabatan Pertanian, Haji Mohamad Ishak.

Pemimpin Amanah kawasan Koa Bharu, terdiri Kamaruzzaman Ismail(ketua), Adnan Ishak (setiausaha), Saripudin Hussin (bendahari dan Wan Kamariah Wan Senik (ketua Awan) turut hadir.

Pada majlis itu 25 penduduk Bunut Payong Dalam menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Datuk Husam Musa untuk menubuhkan cawngan Amanah di situ.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa