Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 1, 2017

Hahaa.......melepaskan rindu malam tahun baru, pasangan kekasih dicekup

Pasangan kekasih sekampung sewa motel lepas rindu
SITI NADIAH AHMAD ZAMLUS - 1 JANUARI 2017
Pasangan kekasih sekampung sewa motel lepas rindu Pasangan kekasih ini ditahan berkhalwat selepas kononnya mahu melepas rindu walaupun tinggal sekampung.

GEORGETOWN - Sepasang kekasih sanggup menyewa motel kurang satu kilometer dari rumah keluarga hanya kerana mahu melepaskan rindu.

Pasangan dari Gelugor itu mengaku tidak menyambut Malam Tahun Baharu, namun hanya menghabiskan masa di dalam bilik bersama-sama.

"Tapi kami tak buat apa-apa ustaz, kami duduk saja dan berborak," kata wanita berusia lingkungan 20-an itu ketika dicekup anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pagi tadi.

Namun keadaan dalam bilik berlainan apabila pakaian dan juga makanan kelihatan seperti kedua-duanya sudah menetap di situ agak lama.

Malah mereka sanggup membayar kira-kira RM100 untuk menghabiskan masa di dalam bilik yang berbau busuk dan agak hanyir itu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan juga sudah memakai helmet kerana dipercayai mahu melarikan diri.

Di motel yang sama, seorang wanita enggan membuka pintu dengan alasan tidak mempunyai kunci.

Bagaimanapun setelah didesak remaja dari Banting, Selangor itu mengakui kunci bilik tersebut dipegang teman lelakinya.

"Jadi dia tinggalkan kamu di sini sendirian? Sekarang lebih baik kamu keluar dari bilik ini dan duduk di bilik yang lain," tegas salah seorang anggota penguatkusa JHEIAPP.

Berlainan pula kisah cinta pasangan warga emas ini, apabila dicekup JHEAIPP di sebuah bilik hotel bajet.

Pasangan berusia 59 tahun itu awalnya mengaku sudah berkahwin.

Namun mereka gagal menunjukkan sebarang bukti perkahwinan kepada anggota penguatkuasa.

"Tapi kami nak kahwin tak lama ustaz, kami memang nak kahwin tak lama lagi, kesiankanlah kami," kata lelaki itu.

Pasangan yang sudah hampir mencecah usia emas itu rupa-rupanya sudahpun mempunyai suami dan isteri masing-masing.

"Saya sebenarnya datang nak jenguk dia sekejap saja, teman sekejap sahaja," demikian alasan diberikan lelaki itu lagi.

Sementara itu Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan JHEAIPP, Muhammad Hafiz Abdul Wahab berkata, seramai 45 individu ditahan ketika Operasi Ambang Tahun Baru yang dijalankan JHEAIPP bermula jam 6 petang semalam.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut lebih 80 peratus adalah remaja.

"Ada yang berusia 15 tahun turut dicekup akibat berkhalwat dan rata-ratanya mengaku mendaftar masuk ke hotel kerana penat menyambut tahun baharu," katanya.

Operasi yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang itu tamat sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.

Seramai 25 anggota JHEAIPP termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) terlibat sekaligus berjaya menahan pesalah yang berusia dari 59 hingga 15 tahun.

Kesemuanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 akibat kesalahan berkhalwat.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

Kesemua pesalah berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk soal siasat dan masing-masing dijamin oleh waris.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa