Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 1, 2017

Istambul diserang dengan bom lagi. 35 maut di kelab malam

35 Maut Serangan Bersenjata Di Kelab Malam Istanbul
mStar - Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 8:07 AM
Pasukan keselamatan dan perubatan di tempat kejadian serangan di kelab malam di Istanbul, awal pagi Ahad. Foto AP

SERANGAN bersenjata di sebuah kelab malam Istanbul pada awal pagi Ahad mengorbankan 35 orang.

Lelaki bersenjata itu dipercayai berpakaian kostum Santa, dan melepaskan tembakan di dalam kelab malam Reina di daerah Ortakoy di Istanbul.

Ketika kejadian, beratus-ratus orang sedang meraikan sambutan tahun baharu.

Insiden berkenaan turut mengakibatkan lebih 40 orang cedera.

Bagaimanapun, lelaki bersenjata itu masih belum dikenal pasti.

Gabenor Istanbul, Osman Sahin menyifatkan insiden tersebut sebagai serangan pengganas. - Mail Online

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa