Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 14, 2017

Hanya kerana sebuah telefon bimbit.......

Cucu saudara wakil rakyat parah ditetak
WARTAWAN SINAR HARIAN - 14 JANUARI 2017

KOTA BHARU - Cucu saudara kepada seorang wakil rakyat di sini, parah selepas ditetak dua lelaki dalam kejadian di Kampung Cabang Tiga, Bukit Marak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan di tangan, paha dan lutut akibat diserang menggunakan senjata tajam.

Dipercayai mangsa telah pergi ke rumah dua suspek yang terletak di Kampung Cabang Tiga untuk menuntut bayaran sebuah telefon yang dikatakan telah dicuri oleh salah seorang daripada suspek berkenaan.

Disebabkan rasa tidak puas hati, suspek telah menetak mangsa bersama rakan-rakannya yang lain dan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Mangsa cedera di bahagian tapak tangan, jari kelingking kirinya patah, luka akibat tetakan senjata tajam di bahagian lengan kanan, paha kanan serta di bahagian bawah lutut kanannya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa