Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 14, 2017

Ketika dikritik hebat kerana menyekat kebebasan rakyat: Ini arahan Erdogan kepada para gabenornya

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya
14 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Erdogan mengarahkan gabenornya turut jejak langkah Umar, ketok pintu si miskin.

Presiden Turki, Reccip Toyyib Erdogan mengarahkan para gabenornya agar mencontohi Saidina Umar RA dalam membantu orang miskin dengan pergi mengetuk pintu mereka bukannya orang miskin datang mengetuk pintu para pemimpin.

Perkara ini disampaikan beliau ketika mesyuarat jarak jauh dengan 81 gabenor dari semua wilayah di Turki dengan menggunakan teknologi teleconference untuk memperoleh informasi ke ibukota Ankara.

Di antara hal penting yang disampaikan presiden Erdogan kepada para gabenor adalah: "sesungguhnya Saidina Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu membawa tepung dengan bahunya dan mengetuk pintu-pintu rakyat miskin.

"Oleh karena itu, saya mengajak kalian dan juga mengajak rakyat Turki agar mencontohi Saidina Umar. Tidak dapat diterima jika orang-orang miskin yang mengetuk pintu rumah pemimpin," katanya.

Para pemimpin atau yang berada di posisi pemimpin perlu mengetahui orang-orang miskin dan mendatangi mereka serta memberikan bantuan kepada mereka, terutama saat musim dingin seperti sekarang, katanya.

Kakitangan kerajaan pula, katanya, hendaklah tidak menunggu adanya keluhan dari orang miskin atau teraniaya baru kemudian bergerak, namun hendaklah bersegera hingga tidak perlu adanya keluhan dari awal.

Arahan Erdogan ini dibuat ketika negara itu dikritik hebat kerana menyekat kebebasan rakyatnya selepas pemberontakan yang mengorbankan ratusan mangsa baru-baru ini.

3 comments:

  1. Apa kata kerajaan pas kelantan mula dahulu. Kemudian diikuti kerajaan selangor. Negeri dikuasai umno/bn terpulang...

    ReplyDelete
  2. depa pemimpin semua parti di malaysia ini akan datang ketuk pintu..akan datang tidor.sjan datang menoreh getah dalam masa 4 ke 5 tahun sekali...waktu itu mereka lebih miskin dari orang miskin...lebih gaya oenoreh getah dari oenoreh sendiri...kerana ape?
    kerana pilihanraya...pilih la aju..pangksh la parti aku...hangpa akan senang ...
    tu je tahap pemimpin kat malaysia...
    mana ,g islam tu...ingat la...akan di tanya allah nanti..bila tiba masa..abak dan harta tak bernilai lagi.
    teruama parti pas...yg mengaku parti islam...

    ReplyDelete
  3. depa pemimpin semua parti di malaysia ini akan datang ketuk pintu..akan datang tidor.sjan datang menoreh getah dalam masa 4 ke 5 tahun sekali...waktu itu mereka lebih miskin dari orang miskin...lebih gaya oenoreh getah dari oenoreh sendiri...kerana ape?
    kerana pilihanraya...pilih la aju..pangksh la parti aku...hangpa akan senang ...
    tu je tahap pemimpin kat malaysia...
    mana ,g islam tu...ingat la...akan di tanya allah nanti..bila tiba masa..abak dan harta tak bernilai lagi.
    teruama parti pas...yg mengaku parti islam...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa