Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 10, 2017

Kes bunuh Bill Kayong: Takkan minta Hakim tarik diri dengan tidak bersebab?

Hakim diminta tarik diri dari mendengar kes bunuh Bill Kayong
Januari 09, 2017 21:32 MYT
Hakim diminta tarik diri dari mendengar kes bunuh Bill Kayong
Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong. - Gambar fail
MIRI: Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Alwi Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas Ranbhir Singh Sangha, peguam bela bagi tertuduh, mahukan hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Ranbhir, peguam bela bagi tertuduh pertama Mohamad Fitri Pauzi dan tertuduh kedua Lie Chang Loon, berkata sepucuk surat bertarikh 3 Jan 2017 telah dialamatkan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, memohon hakim baharu bagi mendengar kes itu.

Ranbhir, bagaimanapun tidak memberitahu mahkamah sebab bagi permintaan untuk hakim baharu.

Alwi belum menetapkan tarikh baharu bagi sebutan seterusnya kes itu oleh kerana ia mungkin didengar olah seorang hakim baharu.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar bertindak bagi pihak pendakwa.

BACA: Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong

BACA: Pembunuhan Bill Kayong: Kes Datuk Stephen Lee dipindah ke Mahkamah Tinggi Miri


Ahli pernigaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45; pembantu peribadi Lee, Chin Wui Ching, 50; dan pemilik pub Lie Chang Loon, 37; minta dibicarakan atas dakwaan bersubahat dengan bouncer Mohamad Fitri, 29, dalam pembunuhan Bill, yang nama Islamnya ialah Mohd Hasbie Abdullah.

Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu di persimpangan lampu isyarat dekat E-Mart Supermarket di bypass Jalan Kuala Baram kira-kira 8.20 pagi 21 Jun, 2016.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 109, dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh pertama, Mohamad Fitri, juga mengaku tidak bersalah membunuh Bill di tempat, masa dan tarikh yang sama, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa