Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 9, 2017

Terlibat rasuah pun naik pangkat juga?

Posted on Saturday, January 07 @ 08:39:40 MYT by paktam
 Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Suatu yang mengejutkan negara tentang sektor Perkhidmatan Awam bilamana SPRM menahan seorang pegawai tinggi kerajaan iaitu Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981 dikatakan terlibat dengan rasuah sejak tahun 2010 sedangkan beliau menjawat jawatan sebagai KSU kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada bulan Oktober tahun 2015.

2. Persoalan yang berbangkit sekarang ialah SPRM mendakwa penglibatan KSU tersebut dengan perbuatan rasuah semenjak tahun 2010 dimana secara tidak langsung menunjukkan 'amalan rasuah' KSU ini berlaku sebelum beliau dilantik sebagai KSU KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .

Perlantikan beliau sebagai KSU merupakan kenaikan pangkat dari jawatan yang beliau pernah sandang sebelum ini sebagai Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya,Pegawai Daerah Sepang,KSU Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani  dan terakhir sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bermula 16 Okt 2015.

Yang menghairankan saya ialah bagaimana beliau boleh dinaikan pangkat dalam keadaan beliau sudah pun terlibat dengan pengambilan rasuah semenjak tahun 2010?.

3. Apakah sistem saringan dalaman perkhidmatan awam begitu lemah sehingga tiada penapisan terhadap pegawai bermasalah.

"Berdasarkan tangkapan yang dibuat ia menunjukkan SPRM telah lama 'menghidu' kegiatan rasuah KSU tersebut.

Bagi saya ini menunjukan sistem kenaikan pangkat dan pemilihan calon untuk kenaikan pangkat perkhidmatan awam kanan dibuat secara yang sangat tidak bertanggungjawab".

4. Kenaikan pangkat perkhidmatan awam berada dibawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan terletak dibawah pengawalan Jabatan Perdana Menteri yang anggotanya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.Apa yang berlaku kepada kenaikan pangkat KSU KKLW yang kini ditahan dan disiasat oleh SPRM adalah suatu yang sangat memalukan.

"Amat memalukan apabila seorang yang berjawatan tinggi dikatakan berkelayakkan,berpengalaman dan berkredibiliti menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri". 

5. Apakah yang telah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa lakukan terhadap cadangan kenaikan pangkat terhadap Datuk Mohd Arif Abd Rahman dari jawatan Pegawai Kewangan Negeri kepada TKSU sehingga ke jawatan KSU.

Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan mengumumkan perlantikan Datuk Mohd Arif sebagai KSU KKLW pada 16 Okt 2015 menyatakan yang Datuk Mohd Arif mempunyai kelayakan,pengalaman dan kredibiliti.

Tan Sri Dr Ali Hamsa perlu memberi penjelasan sebelum memberi penghargaan dan kenaikkan pangkat kepada mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam.

Menjadi harapan 30 juta orang rakyat Malaysia agar Datuk Mohd Arif Abdul Rahman dihukum dengan setimpalnya atas kesalahan yang sudah lama beliau lakukan serta menyebabkan kerugian besar kepada negara dan rakyat.

"Perbuatan rasuah bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama Islam serta nilai-nilai dan tatasusila murni kemanusiaan, tetapi ia juga boleh menjejaskan imej negara dan integriti Perkhidmatan Awam.

Rasuah dapat dihindarkan jika seseorang itu sentiasa berpegang kepada ajaran agama dan moral serta nilai-nilai murni kemanusiaan, di samping melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan cekap, jujur dan amanah serta tulus ikhlas semata-mata kerana Allah SWT".

Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang!

#RasuahAdalahNajis
#RasuahMenjijikkan
#RasuahMusuhNegara
#MalaysiaTanpaRasuah
#PerangiRasuah
#SelamatkanMalaysia.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
3:30pm Taman Al Walid Alor Setar
6 Jan 2017/ 7 Rabiulakhir 1438H

2 comments:

  1. nk heran ape...dah semua ambik .takkan dia nk biarkan..dapat tangkap jadi salah la...tak dapat tabgkap...jadi jutawan...kaau kepala dah berulat..sampai ke ekor pun akan berulat..kalau kepala dah berbau hanyir busuk..takkan badan ekor jadi wangi..

    ReplyDelete
  2. Perkhidmatan awam Mesia ni dah kelam kabut lama dah. Dah jadi mcm sykt anak beranak dan kawan2. Bila lu kenal ramai org dalam buat apapun tak apa. Tapi kalau lu kelas kuli jer tak leh silap sikit kena tindakan tatatertib. Mcm komen otaiblues memang tepat. Budaya bodek dah jadi ulam lauk. Politik lagi satu hal yg merosakkan perkhidmatan awam mesia. Segalanya dipengaruhi politik. Mesia tak lama melungkup ler. Dah brapa ramai pegawai kanan terlibat rasuah. Cuba sprm siasat betul2 dan siasat jaga sprm sendiri. Jangan jadi lembu jaga lembu nanti pakat berak atas jalan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa