Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 8, 2017

PAS Selangor merapu kerana gabra.......Nik Amar pula meracau di Kelantan!

Pas Selangor mulai gelisah, pertandingan 3 penjuru akan “membunuh” semua calonnya
Posted by admin Date: January 08, 2017
SHAH ALAM: Jika Pas Selangor serius untuk memastikan satu lawan satu menjadi kenyataan dalam PRU14 akan datang, Pas negeri ini dinasihatkan supaya mendapatkan keputusan rasmi daripada Pas Pusat dan berhenti daripada bercerita tentang isu “kerusi tradisi” mereka, tegas Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim.

Katanya, kenyataan pimpinan PAS Selangor kebelakangan ini menunjukkan kegelisahan mereka di tahap yang sangat serius.

Bercakap kepada Amanahdaily, beliau berkata, Pas Selangor sebenarnya sedar dengan wujudnya pertandingan tiga penjuru calon-calon parti itu akan tewas seluruhnya di Selangor dalam PRU14 kelak.

Izham berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman yang meminta Pakatan Harapan untuk tidak terus berdiam diri berhubung kenyataan AMANAH yang mahu bertanding di 40 kerusi milik Pas pada PRU14 akan datang.

Khairuddin menegaskan, Pas terbuka untuk menghormati keputusan pembangkang yang lain, sekiranya tidak menggugat kerusi mereka.

Tetapi ujarnya, jika perkara sebaliknya berlaku Pas tidak akan teragak-agak untuk bertanding kerusi selain yang dimiliki parti itu.

“PH kena buat pendirian berhubung kenyataan Amanah. Sekiranya PH menghormati PAS, nyatakan bahawa mereka menghormati kerusi-kerusi kita. Dan kita akan menghormati kerusi kawan-kawan kita dalam PH.

“Sekiranya PH menyatakan mereka bersedia mengambil kerusi (PAS) di Selangor, maka selari dengan konsep ‘free for all’, kita juga bersedia untuk masuk mana-mana kerusi di Selangor,” kata Khairuddin ketika dihubungi Antarapos, 5 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Izham berkata, AMANAH Selangor telah berulangkali menegaskan bahawa AMANAH menggantikan Pas di dalam Pakatan Rakyat dahulu dan dengan itu berhak bertanding di semua kerusi yang Pas tandingi sebelum ini sebagai mewakili Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Walau bagaimana pun tegas Izham, AMANAH akan berbincang dan memutuskan secara bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan-PPBM terlebih dahulu.

“Bagaimana nak bincang kerusi dengan Pas kalau Pas awal-awal lagi bukan sahaja menolak perbincangan dengan AMANAH dan DAP malah memutuskan terus hubungan dengan kami,” soal beliau.

“Apa jua keputusan bersama antara kami di kalangan komponen parti PH dan PPBM adalah hak kami bersama dan tidak ada kena mengena dengan Pas yang telah memutuskan untuk tidak bersama kami,” tegas Izham lagi.

Kaitan: Pencuri yang teriak 'pencuri'......!

4 comments:

  1. Aim pas dah take kyat ke? Ape dah jadi dgn jentera Pas....????

    ReplyDelete
  2. apa susah tanding je 3 penjuru pon takut apa... bru la buleh sembang PAS kuat ke gagah ke hebat ke dan macam2 lagi lah..

    ReplyDelete
  3. PAS yg hilang arah..hilang punca..hialng maruah... sedehhhh sungguh... lagu & tarian PAS makin sumbang & lari tempo

    ReplyDelete
  4. bukan anak jantan la kalau takut nk bertading 3 penjuru...minta bincang elok elok...tak mau...menyombong...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa