Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 12, 2017

Tumpang populariti Mohd Faiz Subri: TMJ buatkan 'Tan Sri' merah muka!

'Tan Sri, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur' - TMJ
Astro Awani |  Januari 12, 2017 14:55 MYT
'Tan Sri, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur' - TMJ
TMJ: Mohon 'Tan Sri' jelaskan duduk perkara.
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas seorang ahli politik bergelar 'Tan Sri' yang disifatkan mengeksploitasi kemenangan Mohd Faiz Subri di Anugerah Puskas 2016.

Dalam posting terbaharu di Facebook Johor Southern Tigers, beliau menggesa 'Tan Sri' berkenaan yang ada kaitan dengan skuad 'The Red Warriors' supaya tidak menumpang populariti Faiz untuk melonjakkan reputasi politik yang sudah merudum.

Berikut kenyataan penuh TMJ:

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.

Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuas hati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya.

Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan mengganggu saya.

Baiklah, untuk Tan Sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara.

Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu.
Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Kaitan: Pemuda Amanah tuntut Annuar Musa jawab pembongkaran TMJ

1 comment:

  1. Nak tengok SPRM @SPERM AMBIL TINDAKAN KAT ANNUAR MUSA.JUGAK NAK TUNGGU KPN 1MALAYA KHALID PANGGIL TMJ UNTUK SOAL SIASAT DIBAWSH OSA.ADA BERANI KE KAU KHSLID BUDAK SURUHAN NAJIB ROSMAH

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa