Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 10, 2017

Undi Akta 355: Kata Dr. Mariah ni memang betul pun!

MP yang akan undi Akta 355, bukan 300 ribu peserta himpunan Pas
10 Januari 2017 | HAZAYANI ZAKARIA
Dr Siti Mariah Mahmud pernah mempengerusikan jawatankuasa RUU355 yang ditubuhkan Amanah bagi mencadangkan langkah-langkah memperkasakan Mahkamah Syariah

Pas seharusnya terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) kepada ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi meyakinkan mereka.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi apabila RUU355 dibentangkan di parlimen, bukan 300, 000 peserta yang hadir ke perhimpunan anjuran Pas.

Justeru katanya, parlimen ialah tempat paling sesuai untuk membahaskan RUU355.

"Ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen Islam dari Sabah dan Sarawak perlu dijelaskan mengenai RUU355.

"Ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi bila dibentangkan di parlimen nanti, bukan 300,000 peserta himpunan nanti," katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang dinamakan Perhimpunan Akta 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan.

Ia bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.

Pas menyasarkan kehadiran 300,000 orang dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu.

Menurut Siti Mariah yang juga ahli parlimen Kota Raja, Pas seharusnya memberi penjelasan dari dahulu lagi kepada pihak-pihak yang menentang seperti MCA, Gerakan, dan NGO-NGO lain.

"Bagi saya himpunan ini hanya gimik politik Pas. Sepatutnya penjelasan dan dialog dibuat dengan pihak-pihak yang menentang RUU355 seperti MCA, Gerakan dan NGO-NGO lain," katanya.

RUU355 akan dibincangkan dalam sesi parlimen depan setelah mendapat laluan daripada kerajaan di parlimen.

Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali.

Siti Mariah telah mengemukakan satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada sesi belanjawan tahun lepas.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia menolak usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1)(h).

Peraturan itu menyebut, sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau hendak mendapat jawapan dalam perkara yang dimisalkan.

Sebelum ini Amanah menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan mengenai Akta 355 yang dipengerusikan oleh Siti Mariah.

3 comments:

  1. Bukan tak faham, bahkan lebih faham, dah mereka tidak mahu - hak demokasikan.

    ReplyDelete
  2. Demo rohingya pun takde papa.....retorik je geng khatami tehmarang ni.

    ReplyDelete
  3. satu kerja sia sia kalau buat pehimpunan...
    mana lebih mudah memberi penerang kepada ahli parlimen atau memberi ceramah pada 300 ribu orabg.
    buat perhipunan tu bukan ape ape pun...sekadar nk meraih sokongan ahli je..nk menunjuk kekuatan nak bermegah megah je..
    kalau p perhimpunan tu...berapa ramai yg benar benar fahan akhta tu..melain pergi untuk menunjuk nunjuk je...hasil nya...tunggu piihan raya..akhta ini akan menjadi isu utama meraih sokongan.
    yg nk melulus atau menolak terletak pada ahli parlimen kan....jadinya berikan penerangan di parimen je la...
    menjadi sebjata utama...barangsiapa yg tidak mengundi pas..maka akan kapir la ia kerana tidak menyokong pas menegak kan hukum islam...bukan ke itu yg akan di ulas jika pas kalah nanti?
    padahal akta itu hanyalah memperkasa.menambah baik akta yg ada...bukan hukum hudud selaras dengan hukum islam pun..
    bila di berikan penerangan secara panjang lebar...maka akan terserlah la ape sebenarnya akta RUU355 itu...bila semua dah tau dan faham...maka hilang la kekuatan senjata bila PRU nanti.
    bila orang kampung tanya...ooo itu hukum hudud..kita kena sokong..bila ahli yg fanatik tanya...ooo itu hukum hudud tu...tp bila umno/bn yg tanya..ooo itu untuk memperbaiki hukuman yg ada d mahkamah syariah...
    itu la sebab pas beria ria nkbbuat perhimpunan berbanding membuat pejelasan dan penerangan.
    bukan mcam tu ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa