Monday, January 2, 2017

Untuk apa PH nak berketuakan 'pencuri yang berteriak pencuri!'?

AHAD, 1 JANUARI 2017 - MALAYSIA DATELINE
Pas Kelantan dan Terengganu tak perlukan Pakatan Harapan
Pas dicadang ketuai pembangkang di Kelantan dan Terengganu jika sertai Pakatan Harapan

Pas Kelantan dan Terengganu menolak cadangan Pakatan Harapan (PH) membenarkan parti itu “mengetuai” pembangkang di dua negeri terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) tidak perlu memberi nasihat atau cadangan kepada Pas kerana parti serpihan itu tiada pendirian jelas.

“Kita tidak nampak akan ada kerjasama dengan PAN (Amanah) selepas pengkhianatan yang dilakukan Amanah, malah PAS juga tidak nampak dasar jelas yang ada pada PAN, selain melaksanakan apa-apa arahan atau kehendak DAP,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today kelmarin.

Selasa lalu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, jika Pas mahu turut serta dalam pakatan bagi menghadapi PRU14, PH akan membenarkan parti itu “mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu.

“Jika PAS mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka "mengetuai" Kelantan dan Terengganu.

“Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan pastikan PAS "mengetuai" di Kelantan and Terengganu,” kata Khalid.

Bagaimanapun Che Abdullah mengingatkan Amanah untuk menyedari hakikat kekuatan mereka sebenarnya tidak diyakini sekutunya dalam PH, sehingga ada pemimpin yang mencadangkan parti itu dibubarkan.

“Di peringkat pusat sendiri ada cadangan daripada pemimpin PKR supaya PAN ini dibubarkan dan bergabung dengan PKR, itu satu petunjuk rakan yang sudah bersama PAN pun sedar tidak ada sebab untuk PAN ini wujud.

“PKR sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, bekerjasama dengan Pas, tetapi tidak pernah lagi mereka beri cadangan supaya Pas dibubar dan bergabung dengan PKR. Begitu juga dengan DAP, mereka tidak minta parti itu dibubarkan kerana PKR melihat kedua-dua parti ini ada peranan dan kekuatan tersendiri," katanya.

Katanya, Pas Kelantan yakin mampu mengekalkan pentadbiran di negeri itu tanpa perlu menyertai PH kerana rakyat masih menyokong parti Islam itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu Saiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan mematuhi arahan Pas Pusat dan tidak akan sesekali mengadakan rundingan dengan PH, termasuk Amanah berhubung soal pembahagian kerusi.

“Pas Terengganu sedia berdepan pertandingan tiga penjuru, Pas mempunyai kelebihan tersendiri kerana parti sudah bertapak sejak 1959 dan pernah memerintah dua kali. Kita tidak terikat dengan PH, jadi kita boleh buat keputusan sendiri.

“Setakat ini, kerusi yang kita bertanding pada PRU lepas kita kekal bertanding dan kita juga putuskan bertanding di semua kerusi di Terengganu melibatkan lapan Parlimen dan 32 Dun. Soal pembahagian kerusi dengan PKR, kita tunggu bagaimana keputusan PAS pusat,” katanya.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 1/01/2017 06:49:00 PTG

*Pihak dia yang tikam belakang, dia kata orang lain yang khianat
Geng-geng dia yang tikam belakang semasa muktamar dengan 'chainya' dia kata orang lain yang khianat
Pihak mereka yang tak mahu BN kalah dikatakan Amanah nak menangkan BN
Tak ker bengong tu?

5 comments:

  1. Kalau dah tahu pas kianat dan tidak suka Amanah kenapa beria sangat nak bersama .

    ReplyDelete
  2. Kalau dah tahu pas kianat dan tidak suka Amanah kenapa beria sangat nak bersama .

    ReplyDelete
  3. Kalau dah tahu pas kianat dan tidak suka Amanah kenapa beria sangat nak bersama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diam la PAS, x lamo lagi berkuborla..

      Delete
  4. P36 & N16 pun Pas dah kehilangan ahli. Kami ibarat harum manis. Jangan yakin sangat pemimpin atasan Pas kononnya jentera p/raya Pas bersedia. Minum-minum kopi di luar negara, bersalam mimpi di dalam negara. Kite memang memerhati kerana keliru ke mana tujuan Pas dibawa TGH Hadi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa