Timbalan Presiden PKR hari ini mengesahkan berhubung pesanan tweet beliau yang sinis terhadap perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 di Kelana Jaya, Selangor pada Rabu lalu.

Ini kerana beliau merasakan terdapat kaedah lebih baik untuk menguruskan isu penipuan dalam pilihan raya.

NONEBeliau memberitahu pemberita, selain berhimpun, Pakatan Rakyat perlu mengumpul maklumat penipuan daripada semua agen pengundian dan pengiraan undinya dan bekerja ke arah petisyen pilihan raya.

Sambil menegaskan beliau tidak menentang hak berhimpun seperti yang termaktub dalam perlembagaan, beliau sempat bertanya:

"Adakah kita hendak berhimpun setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan?"