Pengguran Nama Husam Atas Kemahuan Sultan?
Menerusi laporan sebuah portal berita malam ini Ahmad Yaacob menjelaskan kenapa Husam Musa tidak termasuk dalam senarai barisan Exco Kelantan. Jelasnya bukan PAS atau beliau selaku MB tidak mahukan Husam tetapi, Tuanku (Sultan Muhammad Ke V) tidak merestui Husam.
Adun yang juga disenaraikan sebagai anggota Exco tetapi tidak mendapat restu Sultan ialah Abdul Latiff Abdul Rahman Adun Mengkebang yang juga ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Menurut Ahmad, nama Husam telah disenaraikan dikedudukan nombor satu ini bermakna Husam seharusnya menjadi Timbalan Menteri Besar manakala Latif dikedudukan nombor sembilan dalam barisan Exco.
Malangnya selepas senarai itu dibawah turun selepas di hantar ke pihak Sultan, nama Husam dan nama Abdul Latiff dipotong. Jelasnya lagi sebabkan masa itu sudah pukul empat dan untuk membolehkan angkat sumpah dilaklukan juga beliau terpaksa menggantikan tempat Husam itu dengan nama Mohd Amar Nik Abdullah.
Memahami apa yang dijelaskan oleh Ahmad itu menunjukkan nama Husam telah pun disenaraikan sebagai TMB (dengan kedudukan nombor satu selepas namanya sebagai MB), tetapi ia tidak diingini oleh Sultan.
Dalam hal ini Ahmad tidak boleh dipersalahkan begitu juga dengan Mohd Amar dan orang lain. Berdasarkan penjelasan Ahmad itu kononnya nama Husam tidak dibawa langsung kepada Sultan tidak benar. Pun begitu adalah elok kalau Ahmad Yaacob mededahkan surat berkenaan untuk menjadi saksi dan bukti. Tanpa pendedahan surat itu yang katanya nama Husam dan nama Latiff dipotong dengan ditandatangani oleh Sultan ia tetap akan menjadi polimek.
Sekiranya benar apa dijelaskan Ahmad kepada rombongan yang datang menemuinya petang tadi, jelas yang tidak mahukan kepada Husam bukan sesiapa tetapi Sultan sendiri. Mungkin di sini apa yang menjadi kemusykilan apabila Ahmad langsung tidak cuba membela Husam dengan meminta penangguhan angkat sumpah bagi menjernihkan keadaan tetapi meneruskan juga tanpa ada nama Husam walaupun sebagai Exco hatta Exco kebajikan.
Mungkin kalau majlis angkat sumpah dimohon tangguhkan untuk dibuat penjelasan kepada Husam masalah yang berlaku sekarang ini tidak timbul. Penyokong Husam serta Husam sendiri boleh menerima apa yang berlaku kerana apalah kuasa dan hak mereka untuk menentang kemahuan Sultan.
Dengan penjelasan secara berterus terang Ahmad itu diharap semua pihak dapat menerima apa yang berlaku dan perkara ini tidak elok diperpanjangkan lagi kerana ia jelas membabitkan batang tubuh sultan. Biarlah sejarah mencatat dan merakam apa yang berlaku.
Buat Husam sendiri ambilah iktibar atas apa yang ada. Hayatilah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Cuma saya ingin berpesan berjuang untuk menegakkan hukum Allah bukan saja menerusi jawatan dan bukan saja di negeri Kelantan. Allah menuntut kita menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran di atas muka bumi ini Dia tidak mengkhususkan di Kelantan semata-mata.
Ura-ura untuk mengadakan Himpunan 10,000 Rakyat Kelantan di hadapan SUK esok sebagai bantahan kerana Husam tidak dilantik menjadi Exco elok sahaja tidak diteruskan kerana ia sudah jelas pengguguran nama Husam itu atas kehendak Tuanku bukan mana-mana individu dalam PAS. Apakah kita mahu membantah kemahuan Sultan? Jangan mencari fasal yang kita sudah tahu ianya walhasil balik asal. [wm.kl. 12:11 08/05/13]
Kakak pun macam sedih juga. Moga Husam dapat menerima dgn hati terbuka. Apakah Sultan mungkin tak suka Husam bertanding di Putrajaya tempohari agaknya... entahlah.
ReplyDelete