SPR tak pernah buat kerja macam tuu.....
SPR tak pernah salah!
PMO/BN tak pernah buat kerja macam tuuu....
Kat Sabah tu.....aaa.....tanyalah Mahathir, Tanyalah USNO!
Tapiii...... Mahathir tu dulu PM Malaysia dari pejabat mana ek?
Ayayyaa.....PMO ka?
Haa.....bukankah yang berperangai Hantu jer yang bela Hantu?
Tapi anwar kata Pengundi diragui, bukan Pengundi Hantu!
Jangan salah tafsir......
OLEH MD IZWAN
PETALING JAYA, 2 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendalangi kemasukkan sejumlah besar pengundi diragui daripada Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysia.
Anwar berkata kemasukkan besar-besaran pengundi tersebut ketika negara akan menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei ini sangat mencurigakan.
“Kemasukkan kumpulan ini dan saiz mereka yang sangat besar ketika negara akan menghadapi pilihan raya sangat mencurigakan.
“Saya ingin bertanya adakah mereka yang dibawa masuk ini bertujuan untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini,” kata ketua umum PKR itu pada sidang media di ibu pejabat PKR disini.
Menurut Anwar lagi, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya sebanyak 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.
“Ada juga antaranya dibawa dengan jet jumbo... jumlah penerbangan ini setiap hari adalah lebih banyak daripada penerbangan semasa musim mengerjakan haji.
“Berdasarkan kiraan kami, kira-kira 4,500 penumpang telah diterbangkan ke KLIA hampir setiap hari sejak penamaan calon lalu kecuali pada 25 April dan 1 Mei,” tambah Anwar.
Kebanyakkan mereka yang diterbangkan ini telah mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Bayan Lepas dan juga Senai, kata Anwar.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa