Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 3, 2013

Harapkan Segala Najis Dan Kotoran Kerana Politik Dibersihkan Selepas 5 Mei Ini

Kerana politik 
Ramai sungguh rakyat Malaysia yang menempah dosa dengan mereka fitnah dan menyambung fitnah di maya dan di corong mikrofon serta tak ketinggalan juga di segala jenis media
Seingat saya pada PRU13 inilah satu-satunya PRU yang paling kotor dengan politik fitnah peribadi dan kekerasan yang amat huduh
Sebelum ini pada PRU tahun'69 memang dikotori dengan keganasan. 
Tetapi hanya keganasan fizikal sahaja tidak dari moral dan tatasusila Islam. Tidak ada politik lendir dan seluar dalam!

Diharapkan sangat selepas keputusan PRU13 pada 5 Mei nanti semua yang huduh baik mulut atau pun tangan bernajis disucikan.....

Itu bagi yang nak insaflah....yang hatinya dah zulmat tu nak wat macam mana!

Jadikan 5 Mei hari tutup fitnah 13 Mei – Kit Siang

KUALA LUMPUR- Semua pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara pada hari mengundi 5 Mei ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, hanya dengan memilih Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, rakyat Malaysia dapat membuka lembaran baru untuk mendedahkan apa yang benar dan apa yang fitnah.

Katanya, golongan yang memfitnah beliau dengan tuduhan menjadi dalang peristiwa 13 Mei 1969 masih terus berbuat demikian tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak yang berkuasa, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan calon saingan beliau bagi Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman.

“Golongan yang memfitnah saya telah memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan pengundi, terutamanya orang Melayu, dengan mengapi-apikan sentimen perkauman,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mereka menyangka rakyat Malaysia masih hidup dalam tahun-tahun 1960-an yang mudah terpengaruh dengan emosi kaum

“Oleh itu, saya dengan rendah diri, memohon agar semua pengundi Malaysia menjatuhkan hukuman berat kepada golongan penyebar fitnah ini bersama dengan para pemimpin yang merestui perbuatan keji mereka dalam PRU ini,” katanya lagi.

Tambahnya, seperti yang dijelaskan semalam, dengan mandat baru oleh pengundi Malaysia, beliau akan mencadangkan kepada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas Parlimen untuk menyiasat apa, mengapa dan siapa punca sebenar berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

Ini, ujarnya adalah penting kerana sampai sekarang tiada siapa yang tahu mengapa, apa dan siapa yang menjadi punca peristiwa 13 Mei itu.

Lagi pun, kata beliau kerajaan Umno BN selama ini tidak mempedulikan cadangan itu.

Malah, tambahnya pimpinan Umno BN terus membenarkan penyokong mereka menabur fitnah menuduh beliau menjadi dalang peristiwa itu.

Baginya, PRU13 ini bukan lagi sekadar persaingan di antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional tetapi perjuangan di antara seluruh rakyat Malaysia menentang BN yang semakin teruk korupsi mereka dan tidak boleh lagi dipulihkan keangkuhan kuasa mereka.

“Dengan itu, saya menyeru supaya semua pengundi membuat pilihan yang bijak, terbaik dan amat penting untuk diri, keluarga dan masyarakat serta masa depan anak-anak kita pada hari Ahad 5 Mei ini untuk membuka satu lembaran baru untuk Malaysia.

“Ubah! Ini kali lah!” tegasnya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa