Apa yang aku katakan adalah berdasarkan logik
Segala jenis anggota keselamatan tentunya berada di situ
Pihak Polis ada, Anggota keselamatan parti ada - macam mana risalah yang bertujuan mengugut Melayu dan pastinya mengancam perpaduan ini boleh diedarkan sewenang-wenangnya di situ?
Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN
OLEH AMIN ISKANDAR
PENOLONG PENGARANG BERITA
MAY 02, 2013
SHAH ALAM, 2 Mei ― Risalah bertajuk “Malaysia Negara Rakyat Cina” adalah diantara yang turut diedarkan kepada hadirin yang majoritinya terdiri daripada Melayu ke program ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Risalah empat muka itu berlatarkan logo DAP, menceritakan tentang perjumpaan kaum Cina yang didakwa diadakan di Ipoh pada 15 Mei 1978, turut diberikan oleh salah seorang petugas BN kepada The Malaysian Insider.
“Mari sama-sama kita bersatu padu demi untuk keuntungan diri dan perniagaan hidup bangsa Cina yang mulia. Kita patut memakai peribahasa Melayu yang bodoh itu, seperti kadok naik junjung dan beri betis hendakkan peha. Mula-mula kita tumpang negara orang, kemudian kita takluk dengan cara halus lagi berkesan serta lebih rapi yang mana semua pemimpin-pemimpin kita khasnya sudah pun ada matlamat ini. Mungkin dalam 2 atau 3 pilihan raya lagi kita akan berkuasa dan berjaya memecah belahkan pemimpin Melayu,” tulis risalah tersebut.
“Saya dan pemimpin-pemimpin DAP sangat-sangat berharap semoga semua sama-sama kita bersatu padu merampas hak melayu kepada hak Cina, bantulah bangsa kita walau dengan apa cara sekalipun. Kejayaan inilah atas kerjasama serta persefahaman dari bangsa kita yang cerdik lagi mulia.”
Di muka surat akhir risalah itu tertulis keterangan mengatakan rencana itu diterjemahkan oleh seorang Melayu mirip wajah Cina yang mendapat risalah yang ditulis dalam bahasa Cina.
Beliau yang tidak dinamakan, mengingatkan orang-orang Melayu tentang ancaman terhadap kedudukan mereka oleh orang Cina.
Risalah itu diakhiri dengan amaran, “Mahukah tuan-tuan rela dan meredahi bangsa laknat (Cina) ini berkuasa dengan sewenang-wenangnya, hidupkan semangat menentang kafir itu demi agama suci Islam kita.”
DAP adalah salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali dikatakan sebagai parti perkauman oleh Umno yang menerajui BN.
Sementara MCA yang merupakan ahli BN pula dalam iklan-iklan mereka diakhbar-akhbar arus perdana mengatakan undi kepada DAP sama dengan pelaksanaan hukum Islam hudud oleh PAS.
Secara ironinya, Dr Mahathir yang menjadi penceramah utama turut menyentuh tentang Penasihat DAP Lim Kit Siang yang beliau sifatkan sebagai seorang pelampau perkauman dan menghasut orang-orang Cina supaya membenci Melayu.
“Tuan-tuan dan puan-puan, malam ini pun saya nak sebut dengan suara yang selantang mungkin. Bahawa Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman,” kata bekas perdana menteri itu disambut oleh hadirin yang menjeritkan “betul”.
Semalam The Malaysian Insider melaporkan gambar provokatif papan iklan kempen pilihan raya mengatakan gereja sebagai merampas “Allah” telah merebak di internet dan mencetuskan kemarahan di kalangan orang Kristian dikala parti-parti politik dan penyokong dilihat semakin ghairah untuk menawan Putrajaya.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik dari agensi berita nasional Bernama walau bagaimanapun menafikan sekerasnya dakwaan BN menerbit, mencetak serta memasang banner kempen yang melampau dan tidak bertanggungjawab.
Tinggal tiga hari lagi sebelum rakyat Malaysia akan membuat keputusan pada 5 Mei ini sama ada akan mengekalkan BN atau memberi peluang kepada PR untuk mentadibir negara.
hehehe insyaAllah ramai yg dah nekad nak undi PR.. edar laa risalah apa pun.. semua tak jalan! yg masih percaya dgn propaganda BN cuma melayu umno.. itupun berapa kerat sangat :)
ReplyDelete