Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 1, 2013

Jenis Bapa Bengong Gadaikan Masa Depan Anak Demi Untung!

Kalau dah dikatakan Penyangak
Maka macam-macam tipu dan belit mesti ada!
Isa Samad, tanah kami disewa atau dipajak?
Zefry Dahalan May 1, 2013
Peneroka Felda Palong mengajak beliau berdebat isu gadaian tanah mereka untuk penyenaraian FGVH
FELDA PALONG: Susulan tidak puas hati dengan penjelasan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung isu pajakan tanah peneroka Felda yang Mohd Isa jelaskan sebenarnya sewa, hampir seratus peneroka Felda mengadakan bantahan aman di Felda Palong 8 kelmarin.
Mereka juga cabar Isa Samad, calon Barisan Nasional Parlimen (BN) Jempol dan juga Pengerusi Felda berdebat dengan mereka secara terbuka di Astaka Terbuka Felda Palong 4, 5 & 6, pada hari Sabtu, 4 Mei ini, untuk mendapatkan penjelasan.
Kronologi isu ini bermula apabila pada minggu lepas calon PKR DUN Palong, Rebin Birham dalam satu sidang akhbar mendedahkan Isa Samad memperjudikan nasib peneroka di seluruh negara apabila mengadaikan tanah milik peneroka untuk penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
“Dalam mukasurat 865 hingga 867 dalam prospektus FGVH menyebut, tanah pajakan Felda terdiri dari tanah dengan hak milik, tanah tanpa hak milik dan tanah rizab Melayu.
“Manakala bagi tanah dengan hak milik Felda Global Ventures Plantations Malaysia (FGVPM) telah memohon pihak berkuasa negeri bagi kebenaran mereka untuk pajak tanah dengan hak milik tersebut kepada FGVPM, serta melanjutkan tempoh pajakan tanah kepada 99 tahun dari 1 Januari 2012.
“Penyenaraian ini bersifat ‘evil scheme’ atau satu skim yang ternyata tanah peneroka tergadai. Saya minta Isa Samad bertanggungjawab sepenuhnya kerana memperjudikan nasib peneroka yang kini terumbang-ambing.
“Sekiranya peneroka tahu mengenai perkara ini, pasti mereka tidak akan bersetuju dengan penyenaraian FGVH dalam bursa saham.” kata Rebin.
Tanah peneroka di sewa
Bagaimanapun dalam kenyataan balas menafikan dakwaan Rebin, Isa Samad menyifatkan pembangkang semakin ketandusan isu apabila mengeluarkan cerita lama yang kini diguna pakai sebagai kempen pilihan raya bagi meraih sokongan terutamanya peneroka Felda.
“Pembangkang tiada idea dan modal cerita ketika berkempen dengan memainkan perihal tanah peneroka tergadai akibat penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
“Tanah peneroka tidak diusik sedikit pun bagi tujuan itu dan tidak tergadai seperti yang didakwa pembangkang. Begitu juga dengan tanah Felda Plantations seluas kira-kira 350,000 hektar itu masih lagi milik Felda.
“Tetapi FGVH sewa dengan bayaran lebih kurang RM250 juta setahun. Jadi apa masalahnya dengan sewa? Tanah peneroka sedia ada telah menjadi hak mereka dan kerajaan tidak berniat langsung untuk mengambilnya semula daripada peneroka,” katanya.
Justeru itu hampir seratus peneroka dari Felda Gugusan Palong menyatakan rasa tidak puas hati dengan mengadakan bantahan aman di Felda Palong 8.
Berapa kadar sewa?
Mewakili peneroka yang tidak puas hati, Rebin yang juga merupakan anak peneroka mempertikai penjelasan Isa Samad dan bertanya sejak bila pula tanah milik peneroka ini disewa.
“Kita nak tanya Isa Samad, sejak bila tanah peneroka disewa dan jika disewa, berapa nilai sewaan? “Kami datang hari ini untuk menuntut sewa itu. Peneroka hendak menuntut kadar sewaan yang fleksibel.
“Selepas ini kita akan membuat laporan polis yang kami telah ditipu selama ini. Kita pegang kenyataan Isa Samad. Kita nyatakan bahawa tidak ada langsung perjanjian penyewaan terhadap tanah-tanah kami. Tuan-tuan tanah pun tidak pernah ditanya soal sewaan ini.
“Sampai tempoh bila dia nak sewa? Kadarnya berapa? Kita akan menuntut kadar sewa yang fleksibel itu mesti dibayar kepada peneroka sebelum pilihan raya umum ini.
“Kita sedih melihat seolah-olah peneroka Felda tidak ada nilai lagi di kaca mata Umno-BN. Dia nak pajak, dia boleh pajak, dia nak sewa, dia boleh sewa.
“Saya ingin menyatakan bahawa pemimpin seperti Isa Samad perlulah ditolak kerana pendiriannya yang tak konsisten dan juga membawa satu keadaan di mana kredibiliti sebagai seorang pemimpin itu sudah lucut.
“Sememangnya beliau tidak layak lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda dan seterusnya rakyat Jempol mesti mengambil iktibar kes ini dan menolak Isa Samad sebagai calon BN Parlimen Jempol pada PRU-13, 5 Mei ini,” kata Rebin.
Peneroka cabar Isa berdebat
Seorang peneroka dari Felda Palong 16, Mohd Sharifudin Husin, 51, mencabar Isa Samad datang berdebat dengan peneroka.
“Isa Samad dalam kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian, menyatakan tanah peneroka tidak disentuh walau seinci pun.
“Kita sediakan satu tempat untuk debat, minta dia jelaskan apakah semua tanah peneroka ini dipajak atau disewa. Kita nak dia jawab semua isu peneroka Felda.
“Kita akan menghantar surat jemputan untuk mengajak Isa Samad berdebat secara terbuka dengan kami pada 4 Mei ini di Astaka Terbuka Felda Palong 4, 5 & 6.
“Semua peneroka terutama pengundi warga Felda di jemput hadir untuk menyaksikan debat terbuka ini,” ujar Mohd Sharifudin.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa