TERKINI @ 03:04:07 PM 01-05-2013
OLEH BOO SU-LYN
KLANG, 1 Mei — DAP telah memulakan meletak iklan di surat khabar Cina untuk mengaitkan MCA dengan kumpulan berhaluan kanan Melayu, Perkasa, meyerang kembali parti Barisan Nasional (BN) itu yang telah mengeluarkan beberapa siri iklan sejak minggu lepas.
Iklan berwarna hitam putih yang disiarkan di Sin Chew Daily danChina Press bermula hari ini sehingga malam sebelum pilihan raya 5 Mei mengatakan undi untuk MCA bersamaan dengan undi kepada Umno dan Perkasa.
Iklan tersebut turut menyelitkan gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memegang keris dan juga naib presiden Datuk Zulkifli Noordin yang bertanding diatas tiket BN di Shah Alam.
“Satu undi untuk MCA bersamaan dengan undi untuk Umno dan undi untuk Perkasa – Zulkifli Noordin dan Ibrahim Ali,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua kepada pemberita di kedai kopi di sini hari ini.
“Kamu mahu Perkasa atau lebih suka PAS yang lebih sederhana?” tambah Pua yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara dalam Pilihan Raya 2013.
Beliau mengatakan iklan DAP bertujuan untuk menunjukkan Perkasa adalah sebuah “kumpulan rasis”, menjelaskan dengan meletakkan Zulkifli sebagai calon BN dan Ibrahim diberikan laluan untuk bertanding satu lawan satu selepas calon BN tidak memfailkan pencalonannya.
Akhbar milik MCA The Star telah mengiklankan dengan muka penuh menjelang Pilihan Raya 2013 yang menuduh PAS akan melaksanakan undang-undang hudud jika Pakatan Rakyat (PR) menang kerajaan pusat.
Iklan turut dimainkan di stesen radio Capital FM, yang dimiliki oleh Star Radio Group menyerang DAP dan sekutunya PAS dan mengatakan: “Siapa kata DAP baik untuk anda?”
Apabila ditanya apakah DAP cuba membangkitkan sentimen kaum dengan iklan mereka menunjukkan Ibrahim memegang keris, Pua mengatakan: “Kami mahu menunjukkan Perkasa adalah kumpulan rasis dan BN meletakkan mereka sebagai ahli parlimen.”
“Seseorang yang pergi ke kedai India dan mengatakan tuhan mereka tidak berguna adalah seorang yang taksub,” tambah beliau merujuk kepada komen Zulkifli yang dimuatnaik di Youtube baru-baru ini.
Zulkifli yang melawan penyandang kerusi dari PAS Khalid Abdul Samad juga dirakamkan mempersoalkan kesucian Sungai Ganga ― dianggap suci oleh penganut agama Hindu.
Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak walaubagaimanapun, telah mempertahankan Zulkifli sebagai juara kepada isu masyarakat India di Shah Alam, walaupun pemimpin MIC S Vell Paari memberi amaran Zulkifli mungkin menyebabkan impian BN Selangor untuk menawan negeri tersebut tidak tercapai.
Pua mengatakan hari ini The Star enggan untuk mengeluarkan iklan DAP.
“Ia adalah akhbar awam. Tetapi mereka tidak mahu menerima iklan mudah. Ia jauh lebih sedikit daripada apa yang mereka siarkan di beberapa mukasurat setiap hari,” katanya.
“Ini jelas kes dimana tiadanya kebebasan media, terutamanya di saluran Bahasa Inggeris dan Melayu,” tambah Pua.
Pua juga mengatakan akhbar berbahasa Melayu Harian Metro dan Kosmo memberitahu DAP mereka tidak boleh menyiarkan iklan PR.
Harian Metro dimiliki oleh News Straits Times Press Berhad milik Umno sementara Kosmo adalah milik Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Sin Chew dimiliki oleh Sin Chew Media Corporation Berhad yang dimiliki oleh peniaga balak Tan Sri Tiong Hiew King manakala China Press dimiliki oleh Nanyang Press Holdings Berhad
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa