Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 7, 2013

Jenis Tak Tahu Malu Dan Tak Pernah Rasa Berdosa!

BN Kena Sedar Diri, Majoriti Rakyat Tolak Kamu!
Umno-BN wajar menunjukkan hormat dan rasa malu kepada rakyat kerana walaupun ia berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, ia gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.
Menurut MP Shah Alam, Khalid Abd Samad, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi.
Berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.

“Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.

“Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri,” kata Khalid.

Dalam PRU-12 pada 2008 lalu, BN dinafikan majoriti buat pertama kali apabila hanya memenangi 140 dari 222 parlimen keseluruhan, manakala 82 yang lain dimenangi Pas, PKR dan DAP yang ketika itu masih belum membentuk PR.

BN ketika itu memperolehi undi popular sebanyak 4.08 juta undi atau 50.6 peratus manakala Pas, DAP dan PKR memperolehi 3.79 juta atau 49.4 peratus.

Dalam PRU–13 semalam, majoriti kerusi dimenangi BN merosot lagi apabila hanya mampu menang di 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan pula meningkat ke 89 kerusi parlimen. - sumber

4 comments:

  1. Ini namanya kerajaan kebinatangan.RO -SPR memainkan pERANAN penipuan yang cukup hebat.semoga bala dan lakhanat akan menimpa kamu SPR termasuk anak bini kamu serta keluarga kamu kami rakyat doakan.Amin -HAK RAKYAT KAMU SANGGUP HINAKAN DEMI UNTUK MANJANA KUASA KEPADA PENJENAYAH DAN PENGKHIANAT NEGARA

    ReplyDelete
  2. apa lagi BN dan SPR... buat persempadanan semula Parlimen... Tambah lagi parlimen kat kubu kuat.. kecil kan yang tak kuat... Heheheee.... Janji menang..... Pastu cabut teluq, gaulkan dengan pasir hitam.. buat teluq asin.....

    ReplyDelete
  3. Apalah punya bongok MP kalid ni..ini sebab sistem pilihanraya Malaysia dah begitu...kalau nak kira macam yang ko nak tu kena ubah sistem la wei...bongok yang tak mau menerima kenyataan dah kalah. dah kalah parlimen tu terima jerla bodoh.

    ReplyDelete
  4. Nasihat kepada MB Kedah.
    Utamakan perpaduan Melayu.
    Eratkan persaudaraan antara Melayu, Siam, India dan Cina.
    Diharap semua ADUN tidak kira UMNO dan PAS, marilah bekerjasama memajukan Kedah.
    Yang penting "Buang yang keruh, ambil yang jernih".
    MB Kedah sekarang sudah ditakdirkan di Loh Mahfuz. Kita semua wajib redha dan mentaati pemerintah.

    Takbir..
    ALLAH HUAKBAR.
    ALHAMDULILLAH.

    aaaminnnnnn.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa