Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 7, 2013

Dulu Saya Pun Pernah Bersalah Kepada Beliau

Saya pernah berkasar kepada ketika mesyuarat memilih Calon pada PRU tahun 1990
Harap beliau maafkan saya walau pun saya tidak pernah memohon maaf daripadanya secara peribadi

Sebelum ini saya pernah sekali rasa sedih iaitu ketika pemergian Tun Razak tahun 1976
Ketika itu saya baru di Tingkatan 6 walau pun anutan politik Allahyarham tidak selari dengan jiwa saya, saya tetap sedih dan sayu..... 
Terima kasih. Biarpun pelbagai dakwaan dilemparkan kepada Kelantan, hanya rakyat Kelantan sahaja yang tahu mengapa Kelantan sungguh istimewa di bawah kepimpinan ulamak. Terima kasih Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

- sumber gambar

5 comments:

  1. perbuatan jahat terhadapnya dan si pembuat tahu perbuatan itu salah, tidak sepatutnya dimaafkan .... sebab bila dimaafkan si pembuat rasa seronok dan akan buat lagi dan minta maaf lagi....so, tanggung sendirilah .....

    ReplyDelete
  2. Walau kakak bukan anak Kelantan tapi kakak kagum dan sangat menghormati TGNA. Kakak sanjung perjuangannya. Banyak mengikuti perkembangan beliau. Beruntung rakyat Kelantan.

    Tetiba rasa nak menangis pulak... moga TGNA terus dilimpahi kesihatan terbaik amin...

    ReplyDelete
  3. Bhai MountDweller...

    Gua sedih... cukup sedih... cumanyer.. Alhamdulillah... kiter bagi dier berpeluang berehat ... dan beribadat kepada Allah Taala selengkapnyer...

    Semoga diampunkan Allah Taala segala dosa Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat serta kedua ibu bapa gua... termasuk jugak lu dan gua serta sekalian umat Islam yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  4. Sebelum ini tidal pernah appreciate pengorbanan TGNA kerana disuap oleh propaganda Umno.Dah umur setengah abad baru sedar yg mana sahih Dan yg batil. Jika terus menerus membaca dan menonton media perdana memang akan jadi warga yang jahil.

    ReplyDelete
  5. Auntie T

    Kalau anda tujukan kata-kata itu pada saya, tanggapan itu tak betul.

    Pada itu kami hanya bertelagah di dalam mesyuarat untuk memilih Calon PAS yang akan bertanding pada PRU tahun 1990

    Kami hanya bertelagah berkenaan itu saja. Calon pilihan Tok Guru pada masa itu ialah Calon terbang yang baru saja masuk PAS setelah bersara sedangkan Calon pilihan kami (saya dan majiriti yang hadir)adalah seorang yang begitu komited dengan PAS sejak balik dari Mesir lagi. Dialah yang semaikan benih, dialah yang bajakan dan dialah yang siram.

    Tetapi Tok Guru tetap dengan pilihan dia, jadi kami bantah dan saya terus pulang. Itu saja. Tak timbul hasutan dan propaganda BN ker apa.

    Pada masa itu saya adalah sebahagian dari pimpinan PAS di Kota Bharu. Sekarang saya hanya penyokong yang tidak pernah beralih arah

    Ada faham Auntie T?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa