Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 1, 2013

Kalau Khalid Fitnah, Kenapa Tak Saman?

Kalau setakat nafi tak ada maknanya
Sekarang di ambang Pilihanraya, apa-apa saja boleh berlaku
Kalau dah berpihak, salahkah diperkatakan?
Itu sebabnya banyak baiknya jika PAT mendiamkan diri
Kalau benar-benar isu ini fitnah, saman saja Khalid - tamatlah cerita!

Sebenarnya apa saja kata Zahid ni dah tak ada nilai daaah.....
Terlalu banyak auta dan kelentongnya
Banyak cakapnya dengan tak ada bukti
Rakyat dah kenal daaahh.....
Rakyat dah tahu daaahh.....
Zahid Minta MB Selangor Henti Buat Tuduhan Liar Terhadap ATM
BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhenti melemparkan tuduhan liar mengaitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan 'pengundi hantu'.
Naib Presiden Umno itu berkata dakwaan Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu kononnya ATM cuba membawa pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis, dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung adalah tidak benar.
"ATM terutamanya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak terlibat dengan menggunakan aset atau pesawat tentera udara membawa atau memindahkan pengundi dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat di Semenanjung. "Saya harap Khalid semak faktanya...beliau sebagai menteri besar harus mengetahui mana berita benar, mana berita palsu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, Rabu.
Abdul Khalid pada sidang media baru-baru ini dilaporkan mendakwa terdapat penerbangan khas dari Sabah dan Sarawak yang kononnya membawa 'pengundi hantu'.- mStar

1 comment:

  1. Jika Tan Sri Khalid berbohong dan menabur fitnah, SAMAN aja. Saman T.S Khalid...bukan hanya tuduh ATM,tapi bicara ttg ATM.Jika Dr.Zahid BENAR, apa yg d takutkan?Rakyat skrg TIDAK menerima kata2 atau penafian saja...sbb Sdr Rafizi sedang menunggu saman dari "ATM".heheeee...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa