Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 4, 2013

Kenapa Suka Sangat Menghakis Kepercayaan Awam Kepada Mereka?

Ramai yang naik pelik dengan gelagat mereka ini
Macam-macamlah kerena puak-puak ni
Saja membuatkan orang ramai cuak!
Arahan dan peraturan SPR tidak jelas atau SPR pun dua kali lima juga atau Polis gagal memahami peraturan SPR atau apa sebenarnya?
Peti undi awal cuba ditukar di lokap Kuantan

KUANTAN 4 MEI: Penyandang Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempertikai arahan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kuantan, yang tidak membenarkan beliau turut serta mengeluarkan kertas undi dan dakwat kekal yang diletakkan dalam lokap pagi tadi, untuk diedar ke pusat pengundian. 

Menurutnya, turut berada dalam lokap itu adalah peti undi awal.

 
Fuziah berkata, tindakan OCPD menghalang beliau daripada terlibat dengan prosedur itu boleh menyebabkan peti undi awal berkenaan terdedah kepada penyelewengan.


“Saya dapat maklumat ada cubaan untuk menukar peti undi awal ketika lokap dibuka. Ini perkara serius dan boleh mengancam keselamatan negara. 


“Nyawa manusia dalam lokap pun boleh melayang, apalagi peti undi awal yang tidak boleh bersuara. Tindakan OCPD ini patut dikecam,” katanya kepada Keadilan Daily.


Tambahnya, arahan OCPD ini juga jelas bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjamin peti undi awal itu boleh dijaga oleh wakil calon sepanjang waktu bermula pengundian awal 30 April lalu sehingga hari kertas undi dikira.


“Malangnya, arahan SPR itu tidak diendahkan apabila OCPD mengarahkan pula wakil calon pulang. Ini satu tindakan yang mencurigakan daripada anggota keselamatan.


“Sekarang saya pula tidak dibenarkan masuk dan saya tegaskan kepada OCPD bahawa lokap tidak boleh dibuka tanpa saya walaupun pegawai SPR sudah hadir.

 
“Tindakan OCPD ini buat saya hilang kepercayaan kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Naib Presiden KEADILAN di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ketika dihubungi. 


Beliau tidak menolak kemungkinan Umno BN terdesak untuk berkomplot dengan polis mencuri keputusan undi awal.- sumber

1 comment:

  1. Kayu... ko ingat ko pegawai yg dilantik spr ke? Kalau nak tolong angkat lauk kenduri tu boleh le buat cam gitu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa