Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 4, 2013

Tak Ada Maknanya

Adakah bermakna menghantar surat, mendesak atau merayu kepada yang tidak mahu membaca, bertelinga tapi tidak mahu mendengar dan bermata tapi gagal untuk melihat?

Tapi punya mulut yang petah berdalih!


Surat desakan kepada SPR
KUANTAN - Sepucuk surat diserahkan oleh Pakatan Pembangkang (PR) kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagi mendesak ketelusan atau keselamatan peti undi awal atau undi pos.

Surat yang diserahkan semalam oleh Calon Ahli Parlimen Kuantan  dari PKR, Fuziah Salleh menerusi Pengerusi SPR Pahang, Othman Noh untuk diserahkan kepada Abdul Aziz.

Fuziah berkata, surat berkenaan diserahkan memandangkan pihaknya khuatir timbul sebarang gangguan terhadap kotak undi awal yang kini berada di bawah pemantauan pihak polis dan diletakkan di lokap.

Menurutnya, sebelum ini Abdul Aziz memberi jaminan peti-peti undi berkenaan boleh dijaga 24 jam tetapi timbul pula isu lain termasuk ketidaktelusan penggunaan dakwat kekal dan agen PR juga tidak dibenarkan berada di lokap ketika peti undi disimpan.

“Sepatutnya SPR yang memantau perkara ini tetapi kenapa pihak polis tidak membenarkan agen PR berada bersama ketika peti undi disimpan, sedangkan kita hanya bimbangkan keadaan keselamatannya.

“Kita bimbang sekiranya berlaku penipuan seperti ada usaha penukaran peti undi atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian ketika lawatannya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.

Beliau berkata, menerusi surat itu juga, pihaknya menggesa Pengerusi SPR supaya menyediakan rakaman litar tertutup (CCTV) di lokap iaitu tempat peti undi disimpan bagi memastikan ia dikawal 24 jam.

“Dalam surat itu kita mohon SPR keluarkan arahan  supaya rakaman cctv 24 jam dijalankan di lokap bagi memastikan tiada penipuan dan arahan dikeluarkan kepada balai berkenaan supaya agen kami dibenarkan bersama.

“Kami juga mendapat maklumat botol dakwat kekal akan dikeluarkan esok (4 Mei 2013) dan demi memastikan keselamatan peti undi, kita mohon agen PR dibenarkan berada di lokasi.

“SPR harus lebih bertanggungjawab dan jika agen PR tidak dibenarkan sebagai pemerhati ia dilihat seperti tiada ketelusan dan keselamatan dalam proses pengundian awal,” katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa