Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 6, 2013

Muka Mahathir Dah Terpalit Tahi

Ibrahim Ali, Zul Noordin kalah dalam Pilihan Raya 2013
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin tewas di kerusi masing-masing Pasir Mas dan Shah Alam. 

Ibrahim, yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Manakala Zulkifli yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) kalah kepada penyandang kerusi Khalid Abdul Samad dengan melebihi 10,000 majoriti undi.

Kedua-dua calon kontroversi ini menjadi perhatian sepanjang Pilihan Raya 2013 oleh kerana tindakan-tindakan mereka seperti menghina kaum dan agama lain. - sumber

# Aku dah boleh tidur malam ni!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa