Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 6, 2013

PRU 13 PR Kalah: Antara Penyebabnya

Berhentilah menyalahkan orang lain!

Apa yang dibimbangi telah terjadi malam ini
Samalah dengan apa yang saya katakan sebelum ini
Takdir Allah juga bersebab dan ada hikmahnya.....

Sebelum ini bila saya balun mulut-mulut cibai dalam PR, ada yang menuduh saya adalah cai UMNO
Nah sekarang ambik kau.....menangis tak berlagu
Untung Pak Kaduk....menang sorak kalah sabung, ayam terlepas tangan bau taik!
Saya setuju sangat dengan ulasan C++ 
Apa pun tahniah kepada YB-YB yang menang
Tak kiralah dari BN atau PR.....itu adalah kehendak rakyat dan itu juga kehendak Allah

Tapi harus diingat menang tidak mestinya Allah redha dan kalah tak semestinya Allah jauhkan rahmatNya

Ini saya petik sebahagian dari ulasan C++

Biler gua kater Voter Sentiment Ratio (VSR) pengundi lebih kepada BN... ramai tak percaya... sebab diorang tengok ramai orang di semua ceramah dan himpunan Pakatan Rakyat.... hahaha.... bhai... berapa kali gua mau kasi lu orang ingat aaa... ramai orang tidak bermaksud undi majoriti..... hahaha

Ramai orang datang ceramah... bukan semuanya penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat... sebab banyak aderlah pengundi atas pagar... kalu diorang tengok perangai orang PR macam lahanat.... macam dalam kes provokasi di Seksyen 18 Ipoh tue... mesti ramai yang akan berubah sokongannya...

Macam kat Kemaman dua tiga hari sebelum mengundi.... rider PR buat perangai macam setan.... jadi pengundi atas pagar akan perhatikan dan kemudian mungkin akan mengambil sikap menolak sokongan diorang dari Pakatan Rakyat.... Itu belum lagi kalu kira dengan statement "mulut longkang" dari Hadi Awang, Karpal Singh, Haron Din, Haron Taib dan sekor lagi orang DAP kat Johor yang nama dier gua tak ingat la plak (malas nak tanya Lebai Google)

Aper pon.....  lain kali... biler gua publishkan analisis nih... sila perhatikan betul-betul dan amik tindakan proaktif.... hahaha... skrang kan sudah kena.... Anwar Ibrahim kena tunaikan janji yang dier takkan bertanding lagi untuk merebut jawatan PM selepas nih.... Hahaha.... Lepas nih mudah la Hadi Awang nak bertanding jadi PM..... hahahaha

So... pasai Kelantan.... Kalu Nik Aziz meninggal dunia jer... sure Kelantan akan kacau bilau.... dan silap-silap boleh jatuh kepada BN.... tapi Mustapha Mohamad tabley la nak jadi MB ... pasai menang 47 undi jer..... kurang-kurang Anuar Musa lagi banyak undi majority

Read more at: C++

7 comments:

  1. Pemimpin atasan kekadang asyik syok sendiri dan tak menghormati kehendak akar umbi.Tahniah kepada orang Melayu yang memberi mandat kpd BN untuk terus memerintah.Lepas ni tolong yangan jerit bila BARANG NAIK dan kos hidup yang meningkat.Sendiri syok sendiri tanggong.

    ReplyDelete
  2. orang protest Umno 2008 yang mengundi PAS ingat dapat menaikkan taraf hidup tapi kerajaan PAS lebih sibuk hal agama dan tidak membawa rangsangan ekonomi...jadi diarong balik la pada UMNO...kurang kurang dapat BRIM

    kesian orang melayu

    ReplyDelete
  3. Abe,

    Begitulah kehendak dan ketentuanNya yang kita harus terima. Pasti ada hikmahnya.

    Sebenarnya keputusan PRU 13 ini memperlihatkan kita melawan satu kuasa yang begitu besar dari segala segi sedangkan kita telah melakukan apa yang terdaya oleh kita dengan kemampuan dan resources yang serba kurang berbanding dengan mereka.

    Hari ini kita menyaksikan kekuatan tersebutdidepan kita.

    Inilah hakikat yang pertama kita kena akui sebelum ada kalangan pemimpin kita dari PAS mula bertindak dengan berfikiran singkat.

    Benar, terdapat beberapa kelemahan diantara parti-parti didalam pakatan terutama dari segi kesepaduan kerjasama, strategi dan lain-lain. Tetapi kita harus ingat, kerjasama dan kesepaduan yang ada sudah berkali-kali baik dari PRU 12 yang lalu tetapi kekuatan aka kejahatan strategi BN jauh lebih ganas dari zaman paklah.

    Hakikatnya Pakatan rakyat telah melakukan yang terbaik untuk rakyat. Cuma dipihak rakyat, majoritinya masih tepesona dengan janji-janji dan masih mahu membiarkan Najib menipu mereka. Masih mahu membiarkan Najib mempermain dan mempersendakan hak-hak mereka dengan pelbagai tektik kotor untuk memenangi PRU 13.

    Hakikat inilah yabg ditunjukkan oleh kajian sahabat kita C++. Insiden-insiden mat moto pakatan dsbnya adalah faktor-faktor sampingan sahaja.

    Apa yang saya risau sekarang adalah bacaan setengah-setengah pemimpin PAS apabila menganalisa keputusan ini. Dibuatnya tafsiran yang tidak berjejak kepada realiti - padahhhh!

    Sebenarnya PAS menang besar dalam PRU 13 ini dalam memertabatkan dan memperdanakan Islam dikacamata rakyat samada yang Islam atau bukan Islam. Yang paling besar sekali ialah memberi kefahaman tentang Islam dikacamata orang bukan Islam.

    bat8

    ReplyDelete
  4. Bhai MountDweller..

    Hahaha... bhai... nak nangis pon dah takder air mata... nak gelak... dah tak larat dah...

    Nasihat dah diberi.. tapi diorang sombong dan meninggi diri... nak buat camana... katanyer diorang hebat... pasai ceramah ramai orang datang... hahaha

    Kalu nak tau... yang biasa meramaikan ceramah PR nih aderlah operatif dari agensi-agensi risikan dan SB jer.... hahaha

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan Melayu Malaysia terlalu takut berubah...sebenarnya ramai Melayu yg dah menyampah dgn UMNO dan BN ni...tetapi mereka berjaya dimomokkan oleh UMNO dan BN yg Pakatan Rakyat adalah lebih teruk dari mereka..terutamanya pakcik2 dan makcik2 di kampung...ditambah pula dgn kenyataan2 yg mengelirukan dan bercanggah antara pemimpin2 PR sendiri..

    tetapi lawan tetap lawan..kota konstatinopel bukannya ditawan oleh sahabat2 Nabi walaupun Nabi telah bersabda yg kota tersebut akan ditawan oleh Islam..ianya berlaku hanya 800 tahun selepas sabda tersebut...walaubagaimanapun usaha menawan telah dijalankan sebaik sahaja sahabat mendengar sabda Baginda tersebut..terutamanya oleh sahabat Baginda Abu Ayyub Al Ansori...

    kesimpulannya perjuangan menentang kemungkaran harus diteruskan..kita hanya berusaha..Allah juga yg menentukan...walaupun mungkin lebih 5o tahun kita terpaksa berusaha...

    ingatlah tidak ada istilah kalah dlm memperjuangkan kebenaran di dalam Islam...walaupun kita nampak kalah di mata musuh..tetapi usaha kita In Sha Allah akan diberi ganjaran yg baik oleh Allah..Amin



    ReplyDelete
  6. Salam, sebenarnya kekalahan PR sudah dapat dikesan seawal hari penamaan calun. Berebut rebut nak title YB sampai sanggup nak bertanding sesama sendiri, karpal singh dan harun din pulak tak sempat2nak tunjuk jaguh bertekak dipertengahan kempen, ini semua memudahkan pengundi atas pagar terjun ke arah parti yg lebih nampakan kesepakatannya. Dan yg paling utama kesilapan pimpinan PR memilih calun parlimen, terpengaruh dgn cara Rajagobal utk buat experiment, dah tau niat nak menawan putrajaya, apa perlunya lepaskan kerusi yg dah ada dlm tangan spt salahudin dan saifudin...pemilihan calun yg tak ada kredibiliti utk menang hanya krna pengikut setia spt aziz bari dan khalid jaafar. Mengapa perlu letak artis bertanding di Parlimen.? Pimpinan PR harus terima semua ni jgn nak salahkan SPR saja.

    ReplyDelete
  7. ..tukang komen memangle senang.mengatupkan bibir atas dan bawah saje....pemimpin diatas tu berkorban wang ringgit,masa,tenaga serta menanggung fitnah dan tohmahan..jangan menganggap mereka mentadbir hak kite.kite sebagai pengikut dan penyokong perlu selari dengan pemimpin malah perlu dingat bahawa cara menegur juga perlu berakhlak...bila kalah janganlah terlalu seronok menyalahkan pemimpin kalau kite setakat mencoret patut buat ini dan patut buat itu.perlu samasama turun padang bermula dengan membantu parti dengan memacak bendera.Ade ke?bila kite sudah berkecimpungsama pasti sifat kepimpinan kite akan terserlah dan akan duduk sebagai JKK ,kemudian meningkat dan barulah buahfikiran kite bolih diterima.Lihat sejarah penonjolan pemimpin,terbaru saperti Rafizi dll...begitu juga andainya kite menonjol melalui penulisan,pasti ade caranya dimana lamakelamaan tulisan dan komen kite diperakui.Wallahualam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa