LAPORAN LANGSUNG
0.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih  menuju ke stadium dengan berjalan kaki.
10.15pm: Mereka yang masih di jalan raya mula menurunkan cermin kenderaan untuk berbual sesama mereka. Antaranya ialah seorang wanita Melayu yang sudah berusia  dan sekumpulan remaja Cina.

"Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.

"Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.

Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.

Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.
10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".

10.00pm:
 Empat kilometer dari tempat itu, penumpang dalam bas dan beberapa kereta turun dari kenderaan mereka dan berjalan kaki. Semua berpakaian hitam.


Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.
9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.
9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium

Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.

9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.
9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.
9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

8.50pm 
Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm: 
Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.


NONE8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.
8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

NONEMereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm:
Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.


7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang 
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

NONEOrang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.