Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 8, 2013

Pak Lah Jauh Lebih Rasional Dan Waras Berbanding Mahathir Dan Najib

Pemimpin lain dan Pengarang Utusan lagilah baghalnya
Dah kalah dan tidak mendapat sokongan popular, muhasabahlah diri
Ini asyik salahkan Cina
Melayu dan India tak undi BNkah?
Apa pula perasaan Cina MCA dalam BN?
Pemimpin UMNO beranggapan mereka tidak ada hati dan tak berperasaan?
Pemimpin India pun tumpang bodoh sekali......

Hentikan menyalahkan komuniti lain atas prestasi buruk BN, kata Pak Lah
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MAY 08, 2013

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa agar semua percubaan untuk membangkitkan sentimen perkauman dihentikan yang menyalahkan komuniti tertentu di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi Ahad lalu.
"Ini tidak adil dan tidak membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas perdana menteri (gambar) yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 2009 selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di bawah kepimpinannya, bersetuju keputusan pilihan raya Ahad lalu memerlukan negara untuk melakukan perdamaian dan perpaduan nasional.
Beliau juga menggesa pembangkang menerima dan menghormati keputusan pilihan raya, walaupun mereka kalah dengan majoriti tipis dan mendakwa penipuan dan kesalahan pilihan raya besar-besaran dalam proses Pilihan Raya 2013.
"Rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan dan kepastian yang hanya boleh dicapai dengan semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini," katanya dalam mesej kepada pembangkang.
"Mari kita bergerak ke hadapan untuk kepentingan rakyat Malaysia."

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa