Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 7, 2013

SPR Oh SPR, Bila Nak Hilang Pekak?

Agaknya selesa sangat mereka menerima rezeki dan membawa balik makan anak bini dengan hasil menipu hak rakyat
Rezeki mereka datang dari kemarahan rakyat!
PRU 13: Bersih bentuk tribunal, tuntut SPR letak jawatan
Anis Nazri06 Mei 2013
KUALA LUMPUR:Bersih 2.0 mempersoalkan keabsahan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan pelbagai pelanggaran sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Pengerusinya, Datuk S. Ambiga, berkata pelanggaran itu bukan sahaja berlaku sebelum tempoh pembubaran parlimen, tetapi turut berlaku ketika hari pengundian.

Bercakap pada satu sidang media hari ini, Ambiga berkata pihaknya menerima pelbagai laporan pelanggaran yang dilakukan sepanjang PRU13 ini.

Sehubungan itu, menurut Ambiga, badan pro demokrasi itu akan membentuk satu tribunal awam untuk memperhalusi segala bukti-bukti pelanggaran yang diterima pihakny.

"Kami mengalu-alukan rakyat yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran sepanjang PRU ini untuk membuat laporan polis, seterusnya berkongsi dengan kami mengenainya," tegas beliau.

Tribunal itu, katanya akan ditubuhkan dalam minggu ini, dan akan melengkapkan laporan berkaitan dakwaan pelanggaran tersebut dalam tempoh sebulan.

Dalam pada itu, Bersih 2.0 turut mengajak rakyat Malaysia untuk memboikot akhbar utama negara, yang disifatkannya tidak memberikan ruang yang sama rata sepanjang kempen pilihan raya.

Tegas Ambiga, akhbar-akhbar tersebut ialah The New Straits Times, Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian perlu diboikot dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Mengulangi pendirian Bersih 2.0 yang menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil, badan itu mendesak anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletakkan jawatan secara serta-merta.

"Memandangkan SPR masih gagal memastikan proses pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil, maka kita mendesak agar semua yang berada di SPR untuk meletakkan jawatan serta-merta.

"Satu jawatankuasa baru yang memenuhi aspirasi rakyat perlu ditubuhkan bagi menggantikan SPR," tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Bersih 2.0 menuntut lapan perkara daripada SPR bagi menjamin ketelusan dan keadilan sepanjang proses pilihan raya berjalan.

2 comments:

  1. najib, spr serta kerajaan tidak perlu melayan tuntutan tersebut jika ambiga atau sesiapa sahaja yg nak buat waima suhakam sekalipun kerana mereka2 ini adalah puak2 yang jelas ketara menyokong pakatan. baik ambiga, bar council dan beberapa ngo yang berlagak bersih dan neutral ni semuanya berlakun sama seperti anwar yang pandai berlakun opera. Bermula hari ini saya cadangkan kita rakyat malaysia harus menerima hakikat bahawa bn dan pr masing2 mempunyai kekuatan dan kelemahan dan marilah kita sama2 berusaha untuk membangunkan negara. berhentilah dari berpolitik kerana pru dah selesai dan rakyat dah memilih yang sepatutnya. sudah-sudahlah.
    ramli.

    ReplyDelete
  2. pelik bin ajaib dengan ambiga dan rakan2nya. bagi mereka sampai bila pun spr tak betul selagi BN menang kecualilah pembangkang menang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa