Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 7, 2013

Benarkah Kekalahan Akan Menjadi Panduan Dan Pedoman Pada Masa Akan Datang?

Benarkah PAS akan menjadikan kekalahan sebagai panduan?
Banyak perkara dan bukan hanya kali ini PAS kalah
Tetapi pada pemerhatian saya, PAS tidak mengambil iktibar secara serius
Terutama Pemimpin-Pemimpin 'Hardcore' yang ubun-ubun bukannya lagi lembut!

'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'
Apakah kata-kata ini ditujukan hanya kepada Ahli PAS?
Pada saya kalau di kalangan Ahli PAS mungkin tidak memberikan kesan kerana Ahli PAS memang komited untuk kemenangan
Tapi adakah PAS akan berjaya kalau hanya bergantung kepada undi Ahlinya saja?

Jawapan 'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi' adalah jawapan dangkal
Takkah terfikir apa rakyat menilai apa yang berlaku?
Bukankah perkara begini akan membuatkan rakyat Kedah berpersepsi?
Pastinya Pengundi atas pagar akan melihat perselisihan ini menjejaskan pentadbiran dan kesetabilan pemerintahan Kedah sekiranya PAS yang mereka pilih
Ini ada krisis kepercayaan rakyat sebenarnya....

Jadi yang di atas pagar telah terjun ke kandang BN!
Dan PAS tersembam di Negeri Jelapang Padi

'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'

Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.

BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.

Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.

Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.

Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.

"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.

"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi.

Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa